YAKOBUS Kata Pengantar

Kata Pengantar
Surat Yakobus berisikan petunjuk-petunjuk untuk kehidupan sehari-hari, dan ditujukan kepada “semua umat Allah yang tersebar di seluruh dunia.” Yakobus menggunakan pelbagai peribahasa bagi mengemukakan petunjuk dan nasihat untuk kehidupan sehari-hari orang Kristian. Dari sudut pandangan Kristian, Yakobus membincangkan beberapa tajuk seperti kekayaan dan kemiskinan, godaan, kelakuan yang baik, prasangka, iman dan perbuatan, pertuturan, kebijaksanaan, pertengkaran, kesombongan dan kerendahan hati, hal menghakimi orang lain, bercakap besar, kesabaran, dan doa.
Surat ini menegaskan bahawa dalam hal mengamalkan agama Kristian, iman mesti disertai perbuatan.
Kandungan
Pendahuluan 1.1
Iman dan Kebijaksanaan 1.2-8
Kemiskinan dan Kekayaan 1.9-11
Cubaan dan Godaan 1.12-18
Mendengar dan Melakukan 1.19-27
Amaran supaya Tidak Membeza-bezakan Orang 2.1-13
Iman dan Perbuatan 2.14-26
Orang Kristian dan Pertuturan 3.1-18
Orang Kristian dan Dunia 4.1—5.6
Berbagai-bagai Petunjuk 5.7-20

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录