PENGKHUTBAH 5

5
1Berfikirlah sebelum bercakap, dan janganlah terburu-buru berjanji kepada Allah. Allah di syurga, sedangkan kamu di bumi. Oleh itu, janganlah katakan apa-apa yang tidak perlu. 2Semakin kamu khuatir, semakin besar kemungkinan mendapat mimpi buruk. Semakin banyak kamu bercakap, semakin besar kemungkinan mengeluarkan kata-kata bodoh. 3#Mzm 66.13-14 Oleh itu, apabila berjanji kepada Allah, tepatilah janji itu secepat mungkin. Allah tidak suka kepada orang bodoh. Tunaikanlah janji. 4Lebih baik tidak berjanji daripada memungkiri janji. 5Jangan biar kata-katamu menyebabkan kamu berdosa sehingga kamu terpaksa mengaku kepada imam bahawa kamu silap mengucapkan janji. Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan Allah terhadapmu sehingga Dia memusnahkan segala usahamu? 6Tidak kira betapa banyaknya impian kamu, atau betapa banyaknya usaha kamu yang sia-sia itu, atau betapa banyaknya kata kamu, kamu mesti tetap takut kepada Allah.
Hidup yang Sia-Sia
7Jangan hairan apabila melihat pemerintah menindas orang miskin dan merampas hak mereka, serta tidak memberi mereka keadilan. Tiap-tiap pegawai dilindungi oleh pegawai atasannya, dan kedua-duanya dilindungi oleh pegawai yang berpangkat lebih tinggi.
8Bahkan raja pun bergantung kepada hasil tuaian.
9Jika kamu mencintai wang, kamu tidak akan puas hati. Jika kamu ingin menjadi kaya, kamu tidak akan mendapat segala yang kamu ingini. Semuanya sia-sia sahaja. 10Semakin banyak kekayaan kamu, semakin banyak tanggungan kamu. Kamu tidak mendapat keuntungan apa-apa, kamu hanya tahu bahawa kamu kaya. 11Pekerja mungkin cukup makan atau mungkin tidak, tetapi setidak-tidaknya mereka dapat tidur nyenyak. Sebaliknya, orang kaya mempunyai begitu banyak harta sehingga mereka tidak dapat tidur kerana risau.
12Aku melihat sesuatu yang menyedihkan di dunia ini: ada orang menyimpan wang untuk masa mereka memerlukannya.#untuk masa mereka memerlukannya; atau yang melukai hati mereka. 13Tetapi wang itu hilang dalam usaha niaga, sehingga tiada apa-apa pun yang dapat diwariskan kepada anak mereka. 14#Ayb 1.21; Mzm 49.18; 1 Tim 6.7 Kita meninggalkan dunia ini seperti kita dilahirkan, tanpa apa-apa pun! Kita tidak dapat membawa apa-apa daripada segala jerih payah kita. 15Hal ini tidak adil. Kita pergi seperti kita datang. Kita bersusah payah untuk mengejar angin dan apakah hasilnya? 16Kita hidup dalam kegelapan dan kesedihan,#Beberapa terjemahan kuno: dalam kegelapan dan kesedihan; Naskhah Ibrani: makan dalam kegelapan. kekhuatiran, kemarahan, serta kesakitan.
17Kesimpulanku demikian: baiklah orang makan, minum, dan menikmati hasil kerja mereka dalam hidup pendek yang diberikan Allah. Itulah nasib manusia. 18Jika Allah memberi orang harta dan kekayaan, dan membolehkan mereka menikmati kekayaan itu, haruslah mereka bersyukur dan menikmati segala hasil kerja mereka. Itu juga pemberian Allah. 19Kerana Allah membolehkan mereka bersukacita, mereka tidak terlalu khuatir betapa pendeknya hidup ini.

目前选定:

PENGKHUTBAH 5: BM

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录