2 PETRUS Kata Pengantar

Kata Pengantar
Surat Petrus yang Kedua ditujukan kepada berbagai-bagai golongan orang Kristian yang mula-mula. Surat ini ditulis terutamanya untuk menentang ajaran guru-guru palsu, dan untuk memerangi perbuatan cabul akibat ajaran mereka. Agar tidak dipengaruhi ajaran-ajaran itu, orang Kristian mesti berpegang kepada ajaran benar tentang Allah dan Tuhan Yesus Kristus. Ajaran itu disampaikan oleh mereka yang sudah melihat dan mendengar sendiri Yesus mengajar.
Petrus sangat bimbang tentang ajaran orang yang mengatakan bahawa Kristus tidak akan kembali lagi ke dunia. Petrus menerangkan bahawa kedatangan Kristus itu nampaknya lambat kerana Allah “tidak mahu sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.”
Kandungan
Pendahuluan 1.1-2
Panggilan Allah kepada Orang Kristian 1.3-21
Guru-Guru Palsu 2.1-22
Janji tentang Kedatangan Tuhan 3.1-18

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录