2 TAWARIKH Kata Pengantar
Kata Pengantar
Kitab 2 Tawarikh adalah lanjutan kitab 1 Tawarikh. Kitab ini bermula dengan kisah pemerintahan Raja Salomo sampai kemangkatannya. Setelah menceritakan kisah pemberontakan suku-suku utara di bawah pimpinan Yerobeam terhadap Raja Rehabeam, putera Raja Salomo dan pengganti baginda, kitab ini hanya menceritakan sejarah Yehuda, iaitu kerajaan selatan, sampai kejatuhan Yerusalem pada tahun 586 Sebelum Masihi.
Kandungan
Pemerintahan Raja Salomo 1.1—9.31
a. Tahun-Tahun Permulaan 1.1-17
b. Pembinaan Rumah TUHAN 2.1—7.10
c. Tahun-Tahun Kemudian 7.11—9.31
Pemberontakan Suku-Suku Utara 10.1-19
Raja-Raja Yehuda 11.1—36.12
Kejatuhan Yerusalem 36.13-23
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.