1 TAWARIKH Kata Pengantar

Kata Pengantar
Sebahagian besar kitab 1 dan 2 Tawarikh mengandungi peristiwa-peristiwa yang telah diceritakan dalam kitab Samuel dan kitab Raja-Raja. Tetapi dalam kitab Tawarikh peristiwa-peristiwa itu diceritakan dari segi pandangan lain. Dalam kitab Tawarikh, sejarah kerajaan Israel ditulis dengan dua maksud utama:
1. Untuk menunjukkan bahawa Allah masih memegang janji-Nya kepada bangsa itu, meskipun kerajaan Israel dan Yehuda ditimpa malapetaka; Allah juga tetap melaksanakan rancangan-Nya untuk umat-Nya melalui orang yang tinggal di Yehuda. Penulis yakin tentang hal itu kerana dia melihat kepada pencapaian besar Raja Daud dan Raja Salomo, serta pembaharuan yang diusahakan oleh Raja Yosafat, Raja Hizkia, dan Raja Yosia, dan juga kerana masih ada orang yang tetap setia kepada Allah.
2. Untuk menghuraikan asal mula upacara ibadat di Rumah TUHAN di Yerusalem, terutama tentang susunan pekerjaan imam dan orang Lewi yang bertugas dalam upacara-upacara ibadat. Raja Daud dipaparkan sebagai pendiri sebenar Rumah TUHAN dan upacara ibadat di situ, walaupun pembinanya ialah Raja Salomo.
Kandungan
Salasilah dan Senarai Nama 1.1—9.44
Kemangkatan Raja Saul 10.1-14
Pemerintahan Raja Daud 11.1—29.30
a. Kesukaran dan Pencapaian Raja Daud 11.1—22.1
b. Persediaan untuk Membina Rumah TUHAN 22.2—29.30

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录