1 TAWARIKH 7

7
Keturunan Isakhar
1Isakhar mempunyai empat orang anak lelaki: Tola, Pua, Yasub, dan Simron.
2Tola mempunyai enam orang anak lelaki: Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmai, Yibsam, dan Samuel. Mereka ketua keluarga dalam puak Tola dan terkenal sebagai askar perkasa. Pada masa pemerintahan Raja Daud, keturunan mereka berjumlah 22,600 orang.
3Uzi mempunyai seorang anak lelaki bernama Yizrahya. Yizrahya dan empat orang anak lelakinya, Mikhael, Obaja, Yoel, dan Yisia ialah ketua-ketua keluarga. 4Isteri dan anak-anak mereka sangat banyak sehingga keturunan mereka dapat menyediakan 36,000 orang lelaki untuk menjadi askar.
5Menurut senarai rasmi, semua keluarga dalam suku Isakhar mempunyai 87,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.
Keturunan Benyamin dan Keturunan Dan
6Benyamin mempunyai tiga orang anak lelaki: Bela, Bekher, dan Yediael.
7Bela mempunyai lima orang anak lelaki: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ketua keluarga dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam senarai keturunan mereka ada tercatat 22,034 orang lelaki yang layak menjadi askar.
8Bekher mempunyai sembilan orang anak lelaki: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyoenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet. 9Mereka adalah ketua keluarga dalam puak mereka. Menurut senarai rasmi, daripada semua keluarga dalam keturunan mereka, terdapat 20,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
10Yediael mempunyai seorang anak lelaki bernama Bilhan. Bilhan mempunyai tujuh orang anak lelaki: Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar. 11Mereka ketua keluarga dalam puak mereka dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam keturunan mereka, terdapat 17,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
12Supim dan Hupim adalah keturunan Ir.
Husim ialah anak Dan.#Dan: Menurut naskhah Ibrani “Aher” yang bererti “orang lain”.
Keturunan Naftali
13Naftali mempunyai empat orang anak lelaki: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka cucu Bilha.#Bilha: Gundik Yakub dan ibu kepada dua orang anak lelaki Yakub, iaitu Dan serta Naftali.
Keturunan Manasye
14Manasye dan gundiknya, seorang perempuan Aram, mempunyai dua orang anak lelaki: Asriel dan Makhir. Makhir ialah bapa Gilead. 15Makhir mendapatkan isteri bagi Hupim dan Supim. Nama isteri#isteri: Naskhah Ibrani: saudara perempuan. Makhir ialah Maakha. Anak Makhir yang kedua ialah Zelafead. Zelafead tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.
16Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem. 17Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.
18Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla. 19Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.
Keturunan Efraim
20-21Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat. 22Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia. 23Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria#Beria: Nama ini bunyinya seperti kata Ibrani yang bererti “dalam kesusahan”. kerana malapetaka yang telah dialami mereka.
24Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.
25Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan, 26Ladan, Amihud, Elisama, 27Nun, Yosua.
28Wilayah yang dimiliki dan dijadikan tempat tinggal mereka termasuk Betel dan pekan-pekan di sekitarnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur, dan Gezer di sebelah barat, serta pekan-pekan di sekitar kota-kota itu. Kota Sikhem dan Aya, serta pekan-pekan di sekitar kota termasuk wilayah itu.
29Keturunan Manasye menguasai kota Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor serta pekan-pekan di sekitar kota.
Semua kawasan itu adalah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Yakub.
Keturunan Asyer
30Asyer mempunyai empat orang anak lelaki: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria; dan juga seorang anak perempuan bernama Serah.
31Beria mempunyai dua orang anak lelaki: Heber dan Malkiel. Malkiel ialah pembina kota Birzait.
32Heber mempunyai tiga orang anak lelaki: Yaflet, Somer, dan Hotam; dan juga seorang anak perempuan bernama Sua.
33Yaflet juga mempunyai tiga orang anak lelaki: Pasakh, Bimhal, dan Asywat.
34Somer, saudara lelakinya mempunyai tiga orang anak lelaki: Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram.
35Hotam,#Hotam: Naskhah mungkin “Hotam” (lihat ayat 32). Naskhah Ibrani: Helem. saudara lelakinya mempunyai empat orang anak lelaki: Zofah, Yimna, Seles, dan Amal.
36Keturunan Zofah ialah Suah, Harnefer, Syual, Beri, Yimra, 37Bezer, Hod, Sama, Silsa, Yitran, dan Beera.
38Keturunan Yeter ialah Yefune, Pispa, dan Ara. 39Keturunan Ula ialah Arah, Haniel, dan Rizya.
40Itulah keturunan Asyer. Mereka semua ketua keluarga, dan terkenal sebagai askar perkasa, dan pemimpin yang terkemuka. Dalam senarai keturunan Asyer ada tercatat 26,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.

目前选定:

1 TAWARIKH 7: BM

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录