1
YESAYA 60:1
Alkitab Berita Baik
Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem, kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang; TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
对照
探索 YESAYA 60:1
2
YESAYA 60:3
Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu, dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.
探索 YESAYA 60:3
3
YESAYA 60:2
Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan, tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu; cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.
探索 YESAYA 60:2
4
YESAYA 60:22
Bahkan keluargamu yang terkecil dan terhina akan menjadi bangsa yang kuat. Pada masa yang tepat kelak, Aku, TUHAN, akan melakukannya dengan segera.”
探索 YESAYA 60:22
5
YESAYA 60:19
Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari, bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari; Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu; Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.
探索 YESAYA 60:19
6
YESAYA 60:20
Masa kedukaanmu akan berakhir. Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu, lebih kekal daripada matahari dan bulan.
探索 YESAYA 60:20
7
YESAYA 60:5
Engkau akan melihat hal itu lalu wajahmu berseri-seri, engkau akan terharu dan berbesar hati. Harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu; kekayaan dari seberang laut akan mengalir kepadamu.
探索 YESAYA 60:5
8
YESAYA 60:4
Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu. Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu. Anak lelakimu pulang dari negeri jauh, dan anak perempuanmu didukung.
探索 YESAYA 60:4
9
YESAYA 60:21
Pendudukmu akan melakukan hal yang benar, dan akan memiliki negeri ini selama-lamanya. Mereka seperti tumbuhan yang Aku tanam, hasil ciptaan-Ku, untuk menyatakan kebesaran-Ku.
探索 YESAYA 60:21
10
YESAYA 60:18
Keganasan tidak akan terdengar lagi; negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi. Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau; engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.
探索 YESAYA 60:18
11
YESAYA 60:11
Siang malam pintu-pintu gerbangmu akan terbuka, supaya raja-raja bangsa asing yang telah ditawan dapat membawa kekayaan kepadamu.
探索 YESAYA 60:11
12
YESAYA 60:6
Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa. Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan. Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!
探索 YESAYA 60:6
13
YESAYA 60:10
TUHAN berfirman kepada Yerusalem, “Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu, dan raja-raja mereka akan melayani engkau. Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau, tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.
探索 YESAYA 60:10
14
YESAYA 60:15
Engkau tidak akan ditinggalkan dan tidak dibenci lagi, dan tidak dibiarkan sebagai kota yang terlantar dan sunyi. Aku akan menjadikan engkau agung dan indah, tempat kegembiraan selama-lamanya.
探索 YESAYA 60:15
15
YESAYA 60:16
Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau, seperti seorang ibu memelihara anaknya. Engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, Penyelamatmu, dan bahawa Allah Israel, Allah Yang Maha Kuasa, Penebusmu.
探索 YESAYA 60:16
主页
圣经
计划
视频