Injil Mathius 1
1
FATSAL I.
1BAHWA inilah surat katurunan Isa Almasih, iya itu anak Daud, dan anak Ibrahim.
2Maka Ibrahim branakkanlah Isahak, dan Isahak branakkanlah Yakob, dan Yakob branakkanlah Yahuda sĹrta sagala saudaranya;
3Maka Yahuda branakkanlah Fariz dan Zara deripada Tamar, dan Fariz branakkanlah Ezrom, dan Ezrom branakkanlah Aram;
4Maka Aram branakkanlah Aminadab, dan Aminadab branakkanlah Naasun, dan Naasun branakkanlah Salmon;
5Maka Salmon branakkanlah Buz deripada Rahab, dan Buz branakkanlah Obid deripada Ruth, maka Ruth branakkanlah Jessi;
6Maka Jessi branakkanlah Raja Daud, dan Raja Daud branakkanlah Sulieman deripada pĹrampuan istri Urias dahulu.
7Maka Sulieman branakkanlah Reboam, dan Reboam branakkanlah Abia, dan Abia branakkanlah Asa.
8Maka Asa branakkanlah Josafat, maka Josafat branakkanlah Joram, dan Joram branakkanlah Ozias.
9Maka Ozias branakanlah Joatham, dan Joatham branakkanlah Ahaz, dan Ahaz branakkanlah Izekia;
10Maka Izekia branakkanlah Manasi, dan Manasi branakkanlah Amon, dan Amon branakkanlah Josia;
11Maka Josia branakkanlah Jekonia dan sagala saudaranya, iya itu pada masa pindah kaBabil:
12Maka kĹmdian deripada pindah kaBabil, maka Jekonia branakkanlah Salathial, dan Salathial branakkanlah Zorobabel;
13Maka Zorobabel branakkanlah Abiud, dan Abiud branakkanlah Illiakim, dan Illiakim branakkanlah Azor;
14Maka Azor branakkanlah Sadok, dan Sadok branakkanlah Akhim, dan Akhim branakkanlah Iliud;
15Maka Iliud branakkanlah Iliazar, dan Iliazar branakkanlah Mathan, dan Mathan branakkanlah Yakob;
16Maka Yakob branakkanlah Yusof, iya itu suami MĹriam; maka deripada MĹriam itulah tĹlah jadi Isa yang bĹrgĹlar Almasih.
17Adapun sagala katurunan deripada Ibrahim sampie kapada Daud, iya itu ampat blas katurunan; dan deripada Daud sampie kapada tĹtkala pindah kaBabil, itu pun ampat blas katurunan juga; dan deripada kutika pindah kaBabil sampielah kapada Almasih, ampat blas katurunan.
18¶ Alkesah adapun pri kĹjadian Isa Almasih adalah dĹmkian: Shahadan adapun MĹriam Ibunya itu sudahlah bĹrtunangan dĹngan Yusof: maka sabĹlom marika itu bĹrdamping, maka nyatalah MĹriam itu tĹlah mĹngandong dĹngan kuasa Roh Alkudus.
19Maka Yusof tunangannya itu, sĹbab orang yang bĹnar, dan tiadalah iya mahu mĹmbri malu nyata nyata akan dia, maka iya bĹrfikirlah handak mĹmbuangkan dia diam diam.
20Adapun tĹtkala iya bĹrfikir dĹmkiam itu, hieran, dilihatnyalah sa’orang Maliekat Tuhan dalam mimpi, katanya, hie Yusof, anak Daud, bahwa janganlah angkau takot mĹnĹrima MĹriam itu akan istrimu, kĹrna gandongannya itu tĹlah jadi dĹngan kuasa Roh Alkudus.
21Maka iya kĹlak akan bĹranak sa’orang anak laki laki, dan handaklah angkau namai akan dia ISA: kĹrna iyalah kĹlak akan mĹlĹpaskan umatnya deri pada dosanya.
22Adapun sagala hal ini tĹlah jadi supaya gĹnaplah pĹrkara yang dikatakan ulih Nabi iya itu deripada Tuhan, katanya,
23Tengoklah sa’orang anak darah itu akan mĹngandong dan bĹranakkan sa’orang anak laki laki, maka iya itu akan dinamai Imanuel, yang tĹrsalin artinya, Allah sĹrta kami.
24Maka apabila bangunlah Yosof deripada tidornya, maka dipĹrbuatnyalah spĹrti surohan maliekat itu kapadanya, lalu ditrimanyalah tunangannya itu.
25Maka tiadalah iya bĹrdamping dĹngan dia sabĹlom dipranakkannya anaknya yang sulong itu: maka dinamai ulih Yosof akan kanak kanak itu ISA.
Kasalukuyang Napili:
Injil Mathius 1: KEAS
Haylayt
Ibahagi
Kopyahin
Gusto mo bang ma-save ang iyong mga hinaylayt sa lahat ng iyong device? Mag-sign up o mag-sign in
maintained by the British and Foreign Bible Society