Logotip YouVersion
Search Icon

KEJADIAN 9

9
Perjanjian Allah dengan Nuh
1 Allah memberkati Nuh dan anak-anaknya, serta berfirman kepada mereka, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak supaya keturunan kamu mendiami seluruh bumi. 2Semua burung dan ikan, serta binatang lain akan takut kepada kamu; semuanya berada dalam kekuasaan kamu. 3Kini kamu boleh makan semuanya, serta tumbuh-tumbuhan hijau; Aku memberikan semua itu kepada kamu sebagai makanan. 4 Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana nyawa itu terkandung di dalam darah. 5Setiap orang dan binatang yang membunuh manusia akan Kuhukum mati. 6 Manusia diciptakan seperti Allah; oleh itu, sesiapa yang membunuh manusia akan dibunuh oleh manusia juga.
7 Kamu harus mempunyai banyak anak cucu, supaya keturunan kamu dapat mendiami seluruh bumi.”
8Allah berfirman kepada Nuh dan anak-anaknya, 9“Sekarang Aku membuat perjanjian dengan kamu dan keturunan kamu, 10dan juga dengan semua makhluk hidup, iaitu burung dan binatang; semua yang keluar dari bahtera bersama dengan kamu. 11Inilah perjanjian-Ku dengan kamu. Aku berjanji bahawa semua makhluk hidup tidak akan dibinasakan oleh banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi. 12Sebagai tanda perjanjian abadi yang Aku buat dengan kamu dan semua makhluk hidup, 13Aku menempatkan pelangi-Ku di langit. Pelangi menjadi tanda perjanjian-Ku dengan dunia. 14Tiap-tiap kali Aku meliputi langit dengan awan dan pelangi itu kelihatan, 15Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan kamu dan dengan semua makhluk hidup, bahawa banjir tidak lagi akan membinasakan semua makhluk hidup. 16Apabila pelangi itu kelihatan di langit, Aku akan melihatnya dan mengingat perjanjian abadi antara Aku dan semua makhluk yang hidup di bumi. 17Itulah tanda perjanjian yang Aku buat dengan semua makhluk yang hidup di bumi.”
Nuh dan Anak-Anaknya
18Anak-anak Nuh yang keluar dari bahtera itu ialah Sem, Ham, dan Yafet. (Ham ialah bapa Kanaan.) 19Ketiga-tiga orang anak Nuh itu ialah nenek moyang semua orang di dunia.
20Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. 21Setelah Nuh minum wainnya, dia menjadi mabuk. Dia menanggalkan semua pakaiannya lalu berbaring telanjang di dalam khemahnya. 22Apabila Ham, bapa Kanaan, melihat bapanya bertelanjang, dia keluar dan memberitahukan hal itu kepada kedua-dua orang saudaranya. 23Kemudian Sem dan Yafet mengambil sehelai jubah. Mereka membentangkan jubah itu pada bahu, lalu berjalan mundur masuk ke khemah dan menyelimuti bapa mereka dengan jubah itu. Mereka memalingkan muka supaya tidak nampak bapa mereka yang bertelanjang. 24Apabila Nuh sedar daripada mabuknya dan mengetahui perbuatan anak bongsunya, 25dia berkata,
“Terkutuklah Kanaan!
Dia akan menjadi abdi saudara-saudaranya.
26Pujilah TUHAN, Allah Sem!
Kanaan akan menjadi abdi Sem.
27Semoga Allah menambahkan berkat kepada Yafet dengan meluaskan tempat tinggalnya.
Semoga keturunannya tinggal bersama dengan keturunan Sem.
Kanaan akan menjadi abdi Yafet.”
28Selepas banjir itu, Nuh hidup selama 350 tahun lagi. 29Nuh meninggal ketika dia berumur 950 tahun.

Currently Selected:

KEJADIAN 9: BM

Označeno

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in