KEJADIAN 12
12
Abram Dipanggil oleh Allah
1 #
Kis 7.2-3; Ibr 11.8 TUHAN berfirman kepada Abram, “Tinggalkanlah negerimu, kaum keluargamu, dan rumah bapamu; pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu. 2Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi bangsa-bangsa.
3 #
Gal 3.8
Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau,
dan mengutuk orang yang mengutuk engkau.
Melalui engkau,
Aku akan memberkati semua bangsa di bumi.”#Melalui…bangsa di bumi; atau Semua bangsa akan memohon Aku memberkati mereka sebagaimana Aku memberkati engkau.
4-5Abram berumur 75 tahun ketika dia meninggalkan Haran, menurut perintah TUHAN kepadanya. Abram berangkat ke tanah Kanaan bersama-sama Sarai isterinya, Lot anak saudaranya, dan membawa semua harta benda serta hamba yang diperoleh mereka di Haran.
Selepas mereka tiba di Kanaan, 6Abram menjelajahi tanah itu sehingga dia tiba di pokok keramat di More, tempat ibadat di Sikhem. (Pada masa itu orang Kanaan masih tinggal di tanah itu.) 7#Kis 7.5; Gal 3.16 TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Inilah negeri yang akan Kuberikan kepada keturunanmu.” Kemudian Abram membina sebuah mazbah di situ untuk TUHAN yang sudah menampakkan diri kepadanya. 8Selepas itu Abram meneruskan perjalanannya ke selatan, ke kawasan berbukit di sebelah timur kota Betel, lalu berkhemah di antara Betel dan kota Ai; Betel di sebelah barat dan Ai di sebelah timur. Di situ juga dia membina sebuah mazbah dan menyembah TUHAN. 9Kemudian Abram meneruskan perjalanan, dari satu tempat ke tempat berikutnya, menuju ke bahagian selatan tanah Kanaan.
Abram di Mesir
10Tetapi ada kebuluran yang sangat dahsyat di negeri Kanaan, sehingga Abram pergi lebih jauh lagi ke selatan, ke negeri Mesir, lalu tinggal di sana untuk sementara waktu. 11Pada masa dia hendak melintasi sempadan negeri Mesir, dia berkata kepada isterinya Sarai, “Engkau perempuan cantik. 12Apabila orang Mesir nampak engkau, mereka akan berkata, ‘Dia ini isteri Abram’, lalu mereka akan membunuh aku dan membiarkan engkau hidup. 13#Kej 20.2, 26.7 Lebih baik engkau katakan saja bahawa engkau adikku supaya aku dibiarkan hidup dan diperlakukan dengan baik kerana engkau.” 14Setelah Abram melintasi sempadan negeri Mesir, orang Mesir nampak bahawa Sarai sangat cantik. 15Beberapa orang pegawai istana nampak Sarai, lalu memberitahu raja betapa cantiknya perempuan itu; oleh itu Sarai dibawa ke istana raja. 16Kerana Sarai, raja memperlakukan Abram dengan baik lalu memberikan hamba, kawanan domba dan kambing, lembu, keldai, serta unta kepadanya.
17Tetapi kerana raja mengambil Sarai, TUHAN mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada baginda serta semua orang di dalam istana baginda. 18Oleh itu raja memanggil Abram dan bertanya kepadanya, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap beta? Mengapa kamu tidak memberitahu beta bahawa perempuan itu isterimu? 19Mengapa kamu katakan bahawa dia adikmu, dan membiarkan beta mengambilnya menjadi isteri beta? Ini dia isterimu; ambillah dia dan pergilah!” 20Raja memberikan perintah kepada beberapa orang pegawainya, lalu mereka menyuruh Abram pergi dari negeri itu bersama-sama isterinya dan segala miliknya.
Currently Selected:
KEJADIAN 12: BM
Označeno
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.