Alkitab Untuk Anak-AnakSample
Ketika Yesus hidup di dalam dunia Dia memberitahu murid-muridNya tentang Syurga. Dia menyebutnya “Rumah BapaKu”, dan mengatakan bahawa ada banyak tempat kediaman di sana. Sebuah rumah yang besar dan indah. Syurga adalah lebih besar dan lebih indah daripada rumah di bumi.
Yesus berkata, “Aku pergi untuk menyediakan tempat untuk kamu dan jika aku pergi untuk menyediakan tempat itu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempatKu.” Yesus pergi ke Syurga setelah Ia bangkit dari kematian. Sementara muridNya melihat, Yesus diangkat, dan awan menutupiNya dari pandangan mereka.
Sejak itu, orang Kristen mengingati janji Yesus untuk datang kembali dan menjemput mereka. Yesus berkata Ia akan kembali dengan tiba-tiba, pada saat yang paling tidak disangkakan. Tapi bagaimana dengan orang Kristen yang telah mati sebelum Dia datang? Alkitab mengatakan mereka akan bersama Yesus. Meninggalkan tubuh mereka dan roh mereka menyertai Tuhan.
Wahyu, buku terakhir dalam Alkitab, mengatakan kepada kita betapa indahnya Syurga dan ia adalah rumah Allah. Allah berada di mana-mana, tetapi takhtaNya berada di Syurga.
Malaikat dan penghuni surgawi lain menyembah Allah di Syurga. Begitu juga dengan semua umat Allah yang telah mati dan pergi ke Syurga. Mereka menyanyikan lagu-lagu khusus untuk memuji Allah. Berikut adalah beberapa perkataan dari satu lagu yang dinyanyikan oleh mereka:
ENGKAU LAYAK KERANA ENGKAU TELAH MENEBUS KITA SEMUA UNTUK TUHAN DENGAN DARAH ENGKAU, DARI SETIAP SUKU DAN BANGSA DAN TELAH MEMBUAT KITA SEBAGAI RAJA DAN IMAM UNTUK ALLAH KITA. (Wahyu 5:9)
Halaman-halaman terakhir dalam Alkitab menggambarkan Syurga sebagai “Yerusalem Baru”. Ia sangat, sangat besar, dengan tembok tinggi di luar. Dindingnya dibuat dari batu jasper jernih seperti kristal. Dasar tembok ini ditutupi oleh perhiasan dan batu permata yang bersinar-sinar. Setiap gerbang kota dibuat dari satu mutiara besar!
Gerbang kota ini tidak pernah ditutup. Mari kita masuk ke dalam dan melihat sekilingnya . . WOW! Syurga lebih indah di dalamnya. Kotanya dibuat dari emas tulin, seperti kaca murni. Bahkan jalannya juga dibuat dari emas.
Satu sungai yang jernih dan memberi kehidupan mengalir dari takhta Tuhan. Di kedua-dua tepi sungai ini terdapat sebatang pokok sumber kehidupan, yang pertama kali dijumpai di Taman Eden. Pokok ini sangat istimewa. Ini menghasilkan dua belas jenis buah, sejenis setiap bulan. Dan daun pokok ini digunakan untuk menyembuhkan bangsa-bangsa.
Syurga tidak memerlukan matahari atau bulan untuk meneranginya. Kemuliaan Allah sendiri menyinari dengan terang yang indah. Tidak pernah ada malam di sana.
Bahkan binatang di Syurga juga berbeza. Mereka semua jinak dan ramah. Serigala dan domba-domba makan rumput bersama-sama. Bahkan singa yang hebat pun makan jerami seperti lembu. TUHAN berkata, “Mereka tidak akan berbuat jahat di seluruh gunungKu yang kudus.”
Bila kita melihat sekeliling, kita melihat bahawa ada sesuatu yang hilang dari Syurga. Tidak ada kata-kata marah yang pernah kita dengar. Tidak ada sesiapa yang melawan atau mementingkan diri sendiri. Tidak ada kunci di pintu, kerana tidak ada pencuri di Syurga. Tidak ada pembohong, pembunuh, ahli sihir, atau orang jahat. Tidak ada dosa di Syurga.
Di syurga bersama Allah tidak ada air mata lagi. Kadang-kadang, umat Tuhan menangis kerana penderitaan yang besar dalam hidup ini. Di Syurga, Allah akan menghapuskan semua air mata.
Juga tidak ada kematian di Syurga. Umat Allah akan bersama Tuhan untuk selama-lamanya. Tidak ada kesedihan, tidak ada tangisan, tidak ada penderitaan lagi. Tidak ada kesakitan, perpisahan dan penguburan. Semua orang di Syurga bahagia selamanya bersama Allah.
Paling baik sekali, Syurga adalah untuk anak-anak lelaki dan perempuan (dan dewasa juga) yang telah percaya pada Yesus Kristus sebagai Juruselamat mereka dan menaati Dia sebagai Tuhan mereka. Di Syurga ada sebuah buku berjudul Buku Kehidupan Anak Domba. Ia dipenuhi dengan nama orang. Adakah anda tahu nama siapa yang tercatat di dalamnya? Semua orang yang menaruh kepercayaan mereka dalam Yesus. Adakah nama anda juga tercatat di dalam buku itu?
Kata terakhir dalam Alkitab mengenai Syurga adalah satu undangan indah. “Dan Roh dan pengantin perempuan itu berkata, ‘Marilah!’ Dan biar mereka yang mendengarnya juga berkata ‘Marilah!’ Marilah, sesiapa yang dahaga. Dan sesiapa yang ingin, biarlah dia menerima air yang memberi kehidupan.”
TAMAT
About this Plan
Bagaimana semuanya bermula? Di mana kita datang? Mengapa ada kesengsaraan sedemikian di dunia? Adakah ada harapan? Adakah kehidupan selepas kematian? Cari jawapan semasa anda membaca sejarah sejati dunia ini.
More