Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!Sample
“Duta Syurga – Roh Kudus”
Duta ialah wakil rasmi sesebuah kerajaan yang diutus ke kerajaan lain untuk hidup bersama penduduknya, untuk mencapai kesejahteraan dan memupuk muhibah. Ia melaksanakan tugasnya dengan berwibawa, murah hati dan menggunakan sumber kerajaan yang diwakilinya. Dengan kepercayaan yang diletakkan padanya, ia melaksanakan tugas sepenuhnya dengan bermaruah.
Dalam pelbagai cara, misi Roh Kudus menyerupai misi duta dari Syurga. Roh Kudus merangkumi semua kewibawaan, kuasa dan sumber daripada Tuhan, dan meluahkan serta mencerminkan cinta Tuhan untuk semua manusia di bumi melalui kehadiran dan pekerjaan-Nya.
Apabila waktu Yesus bersama para pengikut-Nya hampir tamat, Dia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan dibiarkan bersendirian setelah Dia pergi. Dia memberitahu mereka tentang utusan yang akan dihantar untuk bersama mereka, membimbing, mengajar, mendorong dan memimpin mereka – iaitu Roh Kudus. Yesus berfirman:
"Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu.” Yohanes 16:7
Setelah pekerjaan Yesus selesai di bumi, Dia mengutus Roh Kudus untuk bersama dengan kita sebagai pengganti sehingga Dia kembali semula. Roh Kudus menyediakan bimbingan, pimpinan, ketenangan dan nasihat dalam kehidupan kita. Yesus menerangkan tentang Roh Kudus kepada para pengikut-Nya seperti berikut:
"Tetapi Penolong, Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu." Yohanes 14:26
Kehadiran Tuhan tetap bersama dengan kita hari ini dalam bentuk Roh Kudus, dan Dia bekerja secara aktif dalam dunia kita dan dalam kehidupan kita.
Scripture
About this Plan
Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt.
More