YouVersion Logo
Search Icon

Doa ‘Bapa Kami’Sample

Doa ‘Bapa Kami’

DAY 1 OF 3

Bahagian I: Keberadaan Allah


“Ya Bapa kami”

Yesus mengajar kita berdoa dengan memanggil Tuhan Allah sebagai ‘Bapa’. Ini membuktikan bahawa kekristianan bukanlah agama, tetapi hubungan ‘bapa-anak’. Bapa berfungsi sebagai sumber dan bersifat peribadi yang bertanggungjawab, penyayang, dan prihatin terhadap anaknya. Apa yang lebih penting ialah, hanya Allah Bapa sahaja yang dapat memberi kepuasan kepada anak-anak-Nya. Filipus, salah seorang murid Yesus, pernah bertanya kepada Yesus, “Tuhan, tunjukkanlah Bapa kepada kami, supaya puaslah hati kami.” (Yohanes 14:8)


“yang di syurga,”

Hanya Allah yang bertakhta di Syurga. Ini menunjukkan kedudukan Allah, dan ke-Maha-hadir-Nya Allah; “Beginilah firman Tuhan, “Langit takhta-Ku dan bumi alas kaki-Ku.” (Yesaya 66:1a)


“Sucilah Nama-Mu.”

Salah satu hakikat Allah adalah kesucian. Kita tidak boleh menghadap atau datang kepada-Nya dengan hidup yang bernoda. Hanya dengan berhiaskan kesucian barulah kita dapat masuk ke dalam hadirat Allah. Tanpa kesucian kita tidak boleh menghadap Allah. Persoalannya adalah bagaimanakah saya yang berdosa boleh menghadap Bapa di Syurga? Kesucian dan kelayakan kita untuk menghadap Allah Bapa tidak ditentukan oleh usaha kita, tetapi oleh Allah sendiri melalui Darah Kristus. Itu sebabnya sekarang kita “mempunyai keberanian untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui Darah Yesus,..”(Ibrani 10:19) 


“Datanglah kerajaan-Mu.” 

Kita memohon kehadiran pemerintahan ‘Kerajaan Allah’ dalam hidup kita. Kita sebenarnya menjemput kehadiran Kerajaan Allah yang dinamik, aktif, hidup dan kekal untuk memerintah hidup kita setiap hari. Kehadiran Kerajaan Allah dalam hidup kita akan menumbangkan (dethronement of evil) kerajaan atau pengaruh Iblis dan penobatan (enthronement of Christ) Kristus sebagai Raja dalam hidup kita.  


“Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.” 

Kita mohon supaya rancangan asal Allah untuk hidup kita terlaksana. Kita perlu tunduk dan melakukan kehendak dan rancangan Tuhan dengan sepenuh hati tanpa bersungut-sungut. Melakukan kehendak Allah adalah yang terbaik. Oleh itu, carilah kehendak Allah dan lakukannya dengan sukacita; “Aku sukacita menjalankan kehendak-Mu, ya Allahku; dan hukum-Mu tertera dalam hatiku.” (Mazmur 40:8)

Day 2

About this Plan

Doa ‘Bapa Kami’

“Doa bukanlah cara untuk mendapatkan apa yang kita inginkan, tetapi adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan apa yang Tuhan inginkan.” – Eddy Marson Yasir Dalam siri ini, kami akan belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang tertera dalam Matius 6:9-13.

More