YouVersion Logo
Search Icon

Plan Info

Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!Sample

Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!

DAY 3 OF 7

"Kita Semua Memerlukan Penyelamat"


Semasa Tuhan mencipta Adam dan Hawa, Dia mencipta mereka tanpa dosa dan berhubungan sempurna dengan-Nya. Apabila mereka melanggar perintah Tuhan dalam bab tiga kitab Kejadian, mereka membawa dosa ke dalam kehidupan mereka, dan juga ke dalam seluruh bangsa manusia. Roma 3:23 menggambarkan kesan keputusan Adam dan Hawa yang luas.


"Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka." Roma 3:23


Tiada orang yang terkecuali daripada dosa dan kesannya; setiap seorang daripada kita adalah bersalah. Akibatnya, kita dipisahkan daripada Tuhan. Dosa kita juga mempunyai kesan abadi.


"Kematian adalah upah dosa." Roma 6:23a


Disebabkan keputusan Adam dan Hawa untuk mengingkari Tuhan, kematian tidak dapat dielakkan oleh mereka dan keturunan mereka (bangsa manusia); dari segi fizikal dan rohani. Selepas kegagalan mereka, Tuhan berhadapan dengan satu keputusan: untuk membenarkan dosa untuk berterusan dalam manusia, mengakibatkan kepupusan bangsa manusia, ataupun untuk menyediakan cara untuk menyelamatkan manusia daripada cengkaman dosa. Syukurlah, sebagai ungkapan kasih dan kasih karunia-Nya yang muktamad, Tuhan telah menyediakan keselamatan melalui Anak-Nya.


"Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal." Yohanes 3:16


"...hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah." Roma 6:23b


Tanpa Yesus Kristus, manusia ditakdirkan untuk kematian fizikal dan rohani; tiada pengecualian. Namun, bagi mereka yang kekal bersama-sama Kristus, kematian fizikal masih menanti kita, tetapi bukan kematian rohani (Neraka). Sebaliknya, kehidupan kekal di Syurga menanti kita selepas kita meninggalkan dunia ini. Melalui korban yang sempurna Yesus Kristus dan kebangkitan-Nya daripada kematian, kita melepaskan diri daripada hukuman rohani dosa!

Day 2Day 4

About this Plan

Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!

Kebanyakan keputusan dalam kehidupan adalah penting. Walau bagaimanapun, hanya satu keputusan adalah paling penting. Jika anda mencari panduan mudah untuk pemahaman yang mendalam tentang keputusan yang luar biasa ini - h...

More

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy