Rancangan Pertempuran Bagi Perang RohaniSampel

DAY 4: Umpan Kemarahan dan Kekecewaan
Saya merasakannya sendiri. Suami saya telah meninggalkan saya dengan anak yang berumur dua tahun dan banyak hutang supaya ia boleh memulakan kehidupan baru dengan tiba-tiba dengan seorang perempuan yang berumur separuh umurnya di sebuah negara asing. Saya berasa marah dan penuh dendam. Saya berasa marah dan kecewa—lebih daripada marah dan kecewa—dan kurnia kearifan tidak diperlukan untuk melihatnya. Saya membencinya, dan saya marah pada Allah.
Kemarahan dan kekecewaan boleh membawa maut. Dengan peredaran masa, rasa marah dan kecewa boleh menodai roh kita dan mengurangkan kebolehan kita untuk merasa kehadiran Allah atau mendengar suara-Nya. Jika anda rasa marah pada Allah, berterus-teranglah dengan-Nya. Serahkan kemarahan anda kepada-Nya, dan Dia akan mengubah kemarahan itu kepada kedamaian dan penyataan kedaulatan-Nya yang lebih besar jika anda membenarkan-Nya.
Tuhan, saya memilih untuk memaafkan orang yang telah menyakiti saya, menyinggung perasaan saya, menganiayai saya, menggunakan saya dengan niat jahat, atau menyalah anggap saya. Tolonglah saya, Tuhan, untuk menyedari strategi musuh untuk memerangkap saya dengan rasa geram, rasa marah dan kecewa, dan ketidakmaafan. Tolonglah saya agar tidak mendendami orang lain kerana dosa mereka. Ajarlah saya untuk mengelakkan daripada menilai orang lain semasa saya disakiti. Sembuhkan emosi saya dan berilah saya roh yang betul. Dalam nama Yesus, Amin.
Perihal Pelan

Melalui ajaran berkuasa ini anda akan menemui pemahaman yang lebih mendalam tentang cara merancang strategi untuk mengakali dan mengalahkan musuh serta menghalang rancangannya untuk memusnahkan kehidupan anda.
More