HarapanSampel

Hope

HARI 1 DARIPADA 3

  • Pernahkah anda sedar bahawa ketika anda memuji Allah, anda berasa lebih berharapan? Harapan dan Pujian wujud seiring. Pujilah Allah kerana sesuatu sekarang. Jika anda kekurangan harapan, anda akan menjadi lebih berharapan! Harapan merupakan suatu pilihan. Sentiasa memilih harapan bukan putus asa. Anda tidak boleh menjadi berharapan dan putus asa pada masa yang sama. Ia adalah pilihan anda. Allah boleh dipercayai. Allah itu BAIK.  Mazmur 71:14
  • Semua keinginan anda boleh dipenuhi oleh Allah. Jika anda berasa murung, tanyalah diri anda "Adakah saya mengharapkan sesuatu selain daripada Allah?" Tiada apa-apa yang dapat dilihat memberikan harapan sebenar. Apabila anda mengharapkan seseorang atau sesuatu perkara atau sesuatu peristiwa, anda akan rasa jemu. Menunggu adalah sukar. Tiada apa-apa yang memuaskan kecuali buat sementara waktu sahaja. Semua keinginan anda boleh dipenuhi oleh Allah! 
    Amsal 13:12
  • Musuh - Iblis - membisik di telinga anda: "Tiada orang yang memahami kekecewaan saya." Itu BOHONG. Jika anda mempercayai itu, anda membenarkan diri untuk mengasihani diri. TETAPI, BUKAN anda seorang sahaja. Anda rasa Allah tidak faham? Barangkali Dia rasa muak dengan anda yang memberitahu-Nya berulang kali tentang hati anda yang remuk? Jangan sekali-kali mempercayai itu. Dia AMAT mengasihi anda. Dia akan memberikan anda kekuatan untuk meneruskan hidup. Dia akan menjadikan anda lebih kuat lagi! 
    Yesaya 40:28-29
  • Manusia Berkata: "Sesetengah perkara kelihatan mustahil untuk dicapai oleh Allah." Pernyataan itu agak tidak panjang fikiran, bukan? Namun, kita mempercayai bohong itu. Kita mesti menegaskan dengan tegas dan kerap "Tiada tujuan Allah dapat dihalang". Pencipta alam semesta tidak dapat ditewaskan. Dia tahu yang terbaik! Iman seperti itu akan memberikan harapan! 
    Ayub 42:2

Petikan Alkitab di atas tersedia dalam Aplikasi mudah alih, program Mac atau Windows kami di MemLok Lebih Banyak Pelan MemLok Lagi   

Hari 2

Perihal Pelan

Hope

HARAPAN Marilah meneliti beberapa Ayat Alkitab tentang harapan. Allah mahu anda berasa tenang, berani, dipenuhi iman dan kasih, bukan? Dia tidak mahu anda berasa bimbang atau dipenuhi kemarahan. Ayat Alkitab tentang harapan mengajar anda cara menjadi orang yang lebih pemaaf. Kebijaksanaan timbul daripada merenungkan Firman Allah.

More

Kami berterima kasih kepada MemLok, The Bible Memory System, kerana menyediakan struktur pelan ini. Untuk maklumat lanjut tentang MemLok, layari: http://www.MemLok.com