Kasih dan PerkahwinanSampel
Kita biasanya tidak menganggap pasangan kita sebagai saudara kita, namun petikan ini, yang mengandungi ayat penting tentang perkahwinan, bermula dengan peringatan untuk saling mengasihi sebagai adik-beradik dalam Kristus. Selepas membaca petikan ini bersama, saling berbincang bagaimana petikan ini berkaitan perhubungan anda. Kenapakah ada kalanya lebih mudah berbuat baik kepada sahabat Kristian daripada kepada saudara Kristian dalam keluarga kita? Berbual dengan Allah bersama. Allah ingin perkahwinan anda menjadi contoh kasih Kristus. MintaNya membimbing anda berdua menunjuk kepada kasih Allah yang tidak berubah.
Kitab
Perihal Pelan
Ketika kita memberi perhatian kepada perkahwinan kita dalam konteks Alkitab, kita memberi Allah peluang untuk mengajar kita tentang hubungan kita dan untuk menguatkan hubungan itu. Pelan Bacaan Kasih dan Perkahwinan menggunakan suatu petikan Alkitab yang berkenaan, serta beberapa pandangan, setiap hari, untuk memulakan perbincangan dan perdoaan bersama pasangan anda. Pelan lima-hari ini merupakan pelaburan jangka pendek ke dalam perhubungan seumur hidup anda.
More