Kepercayaan, Kesibukan, Dan RehatSampel

Trust, Hustle, And Rest

HARI 4 DARIPADA 4

Rehat

Seperti yang dibincangkan sepanjang beberapa hari lalu, kepercayaan adalah tindakan, yang sukar namun mudah, mengakui bahawa kita tidak bertanggungjawab membuahkan hasil melalui kerja kita—Allahlah yang bertanggungjawab. Sesudah kita mengambil langkah pertama yang amat penting ini, sudah tentu betul untuk bekerja keras, untuk menggunakan bakat yang diberikan oleh Allah untuk memenuhi panggilan kita. Walau bagaimanapun, bagaimanakah kita tahu sama ada kita mempercayai dan bekerja keras? Kesibukan mudah dikesan. Ia ditemui dalam peti masuk e-mel kita, senarai semak kita, dan fikiran kita yang celaru. Namun, bagaimanakah kita tahu jika kita betul-betul mempercayai Allah, dan bukannya pada diri sendiri, untuk membuahkan hasil? Barangkali tanda yang terbaik adalah sama ada kita rasa tenang. 

Rehat adalah sesuatu yang kita damba. Kita segera menyedari bahawa rehat memaksudkan lebih daripada menghabiskan masa di luar pejabat semata-mata. Dengan batasan antara kerja dan rumah yang hampir hilang, nampaknya mustahil untuk memisahkan diri dari segi fizikal dan mental daripada tuntutan produktiviti yang berterusan. Walaupun semasa kita berada di rumah, kita menyemak e-mel, Instagram, kalendar, dsb. Kita sentiasa melakukan sesuatu. Kita penuh resah. 

Bagaimanakah kita menemukan rehat yang sangat diinginkan? St. Augustine memberikan jawapannya: "Hati kami akan terus resah sehinggalah kami menemui ketenangan dengan mengenal Engkau." Kita akan terus resah sehingga kita menemui ketenangan dalam Allah sahaja. Ini bermaksud sementara kita harus bekerja keras, kita mesti mempercayai Allah dahulu kerana Dia setia memberi kepada umat-Nya, sepanjang sejarah. Jika kita mempercayai sifat Allah, dan menguruskan bakat yang diberikan-Nya kepada kita dengan baik, kita boleh berehat dengan kesedaran bahawa hasilnya terletak pada tangan-Nya, bahawa Dia berkuasa dan sedang bekerja demi kebaikan kita. Dalam kata-kata Salomo dalam Amsal 16:33, "Manusia membuang undi untuk mengetahui kehendak Allah, tetapi Allah sendiri yang menentukan jawapannya."

Ini merupakan satu-satunya jalan menuju rehat yang sebenar dan mendalam dari segi tingkah laku, fikiran, dan rohani, dan ia bermula dengan penyerahan kita kepada seni Sabat ciptaan Allah. Dalam kata-kata Pastor Timothy Keller: "Kita harus memikirkan Sabat sebagai tindakan kepercayaan. Allah menetapkan Sabat untuk mengingatkan kita bahawa Dia bekerja dan berehat. Mengamalkan Sabat merupakan cara berdisiplin dan taat untuk mengingati bahawa anda bukanlah orang yang memelihara dunia, yang menyara keluarga anda, dan anda bukannya orang yang menggerakkan projek kerja anda."

Mengapakah begitu penting untuk menguruskan ketegangan antara kepercayaan dan kesibukan dengan baik? Kerana pada akhirnya, apabila kita bergantung pada kerja keras kita tanpa mempercayai Allah, kita sama adanya hendak cuba jadi Tuhan ataupun mencuri kemuliaan-Nya, macam mana sekalipun, ia menyebabkan keresahan. Orang Kristian, jangan putus asa! Perintah alkitabiah ini tidak bercanggahan antara satu sama lain. Anda telah dipanggil untuk mempercayai Allah anda dan bekerja keras. Apabila kita menerima ketegangan ini, kita boleh berehat menyedari bahawa kita menjalankan perkongsian yang betul dengan Pemanggil kita.

Jika anda seronok membaca pelan ini, anda akan menyukai renungan mingguan saya, yang membantu anda untuk mengaitkan injil dengan kerja anda dengan lebih mendalam. Daftar di sini dengan percuma.

Hari 3

Perihal Pelan

Trust, Hustle, And Rest

Alkitab memerintah kita untuk bekerja keras, tetapi ia juga memberitahu kita bahawa Allahlah—bukan kita—yang membuahkan hasil melalui kerja kita. Seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan empat hari ini, profesional Kristian mesti menerima ketegangan antara "kepercayaan" dan "kesibukan" demi menemukan rehat Sabat yang sebenar.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/trust/