Mengasihi dan Terus MengasihiSampel
Swacinta
Sepanjang dua hari yang lalu, kita telah berbincang tentang sifat penting mengasihi dan memahami kasih. Kasih bermakna memberi; kasih bermakna kembali kepada sumber kita. Hari ini, saya ingin mengingatkan anda bahawa kasih menandakan bahawa anda mengasihi diri sendiri.
Matius 22:39 mengatakan, "Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri."
Bagaimanakah kita mengasihi orang lain jika kita tidak mengasihi diri sendiri? Itu tidak berhasil. Beberapa kali, saya pernah melihat orang lain menganiayai orang lain ataupun dianiayai, dan saya tertanya-tanya: Siapakah yang membiarkan anda jatuh? Walaupun soalan saya kelihatan di luar konteks, saya menjemput anda untuk merujuk Perjanjian Lama, yang menceritakan kisah Mefiboset.
Mefiboset ialah cucu Raja Saul, yang berada di kota Lodebar, yang pada mulanya bermaksud tanpa ketenteraman, pemimpin, atau kerajaan. Mefiboset berada di kota ini kerana ia tempang. Pengasuhnya telah menjatuhkannya semasa ia berumur lima tahun, akibatnya Mefiboset tempang kedua-dua belah kakinya. Ia diabaikan dan dilupakan. Cerita itu mengisahkan Raja Daud yang mencari keturunan Raja Saul untuk menunjukkan belas kasihannya dan Daud berbuat demikian terhadap Mefiboset.
Saya menceritakan kisah Perjanjian Lama ini kerana swacinta adalah penting untuk menunjukkan kasih terhadap orang lain. Kita kerap melihat orang yang keras, dan kita tidak tahu mengapa mereka bersikap demikian. Walau bagaimanapun, tugas kita ialah mengasihi mereka dan berdoa untuk kesejahteraan mereka.
Dalam keadaan kita, kadang kala kita mendapati diri di Lodebar, tempat tanpa ketenteraman, pemimpin atau kerajaan kerana seseorang membiarkan kita jatuh. Kita kerap hidup dalam keadaan ini tanpa berhenti dan menyembuh, membuat kita memandang diri sebagai tidak layak dikasihi. Saya tidak mengarahkan anda untuk mempercayai bahawa anda boleh melakukan segala hal sendiri dan bahawa anda ialah orang yang paling penting dalam dunia ini; pergi dari sini! Kita adalah penting, tetapi pergantungan kita pada Allah membenarkan kita untuk berupaya sepenuhnya untuk mengasihi kerana Dia mengasihi kita terlebih dahulu.
Ayat ini tidak mengatakan mengasihi orang lain, dan jika masih ada ruang, kasihilah diri sendiri; ayat ini mengatakan kasihilah orang lain SEPERTI anda mengashi diri sendiri. Soalan saya bagi anda hari ini ialah: Adakah anda mengasihi diri sendiri yang seadanya? Apakah lingkungan hidup anda yang perlu diubah untuk mengasihi diri dan orang lain secara sihat?
Menjawab soalan tersebut mungkin menggerakkan anda ke arah perubahan, penyesuaian, dan usaha. Namun, percayalah saya, semua ini berbaloi dengan membaktikan hidup anda untuk mengasihi diri sebagaimana Allah mengasihi anda. Kita tidak boleh memberikan apa yang tidak dimiliki.
Soalan seterusnya ialah: Siapakah yang menjatuhkan anda? Anda mesti memaafkan orang yang berbuat salah terhadap anda untuk memulakan proses penyembuhan anda dan melihat bahawa Allah telah menempatkan anda di tempat yang perlu supaya anda boleh mencerminkan kasih dan kebaikan-Nya.
Saya menjemput anda untuk melaburkan masa untuk mengenali diri sendiri, berbelas kasihan terhadap diri sendiri, mengasihi diri, dan mengingatkan diri bahawa jika anda masih hidup, anda masih bertujuan. Oleh sebab seseorang telah membiarkan anda jatuh tidak menghalang anda daripada mencapai tujuan anda; sebaliknya, Allah menggunakan waktu dan cabaran tersebut untuk melengkapkan anda untuk menolong orang lain.
Perihal Pelan
Meraikan kasih melewati tarikh tertentu; meraikan kasih merupakan hidup yang sentiasa mengingatkan orang lain bahawa kasih Allah datang untuk menyembuh, memulih, dan memberikan kita hidup yang mengkhabarkan kebaikan-Nya. Saya menjemput anda untuk menyelami kajian tiga hari ini tentang apa yang dilambangkan oleh kasih dan rupanya mengasihi orang lain menurut kehendak Allah.
More