Mengendalikan Pengaruh MediaSampel

Handling Media Influences

HARI 10 DARIPADA 21

Pemikiran utama minggu ini ialah, "BUKA bukan satu-satunya pilihan kita. Pilihlah TUTUP!" Ingatkan ini semasa anda membaca ayat minggu ini, semasa berbincang, menonton video, dan semasa anda merenungkan interaksi anda dengan media sepanjang minggu ini. Berbincanglah tentang isi utama yang berikut sepanjang minggu ini:

• Permainan video menanya kita, "Adakah anda pasti ingin berhenti?" YA! Media direka bentuk untuk terus menarik perhatian anda. Ia bagaikan terpesona atau telah disihir. Anda mungkin perlu berusaha untuk menurut hal yang terbaik daripada Allah buat anda.
• Kita tidak harus membuat pilihan berdasarkan perbuatan orang lain. Standard dunia bukanlah standard Allah.
• Standard Allah bukanlah satu set peraturan baru untuk dipelajari di gereja, ia ialah jalan yang ditunjukkan oleh Allah kepada anda melalui Firman-Nya.
• Kita mesti mencari Allah bagi standard-Nya untuk hidup kita. Dia mungkin tidak memberikan rangka tindakan, rancangan, batasan yang sama terhadap media kepada setiap kanak-kanak. Ikutlah pimpinan Allah dan ikutlah peraturan ibu bapa anda.
Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Handling Media Influences

Apa yang kita lihat dan dengar mempengaruhi hati dan fikiran kita, serta membentuk sikap dan tindakan kita. Adakah Alkitab betul-betul mengatakan sesuatu tentang media yang belum dicipta pada zaman Alkitab? Ya! Pelan bacaan ini mencabar kita untuk mempergunakan teknologi dan media sebaik-baiknya sementara melindungi diri daripada pengaruh negatifnya yang mungkin. Ini merangkumi kandungan renungan, petikan Alkitab, soalan perbincangan, dan video yang mesra kanak-kanak.

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church/kids