Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai SayaSampel
Allah Menyertai Saya
“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul” – Matius 11:28-30
Apabila kita rasa kita telah dilupakan atau bersendirian, waktu itu adalah paling teruk. Bergelut dengan kebimbangan memanglah teruk, tetapi tertanya-tanya jika ada orang yang betul-betul melihat kita yang sebenarnya atau rela berkongsi penderitaan ini dan memegang tangan kita, menambahkan lagi keberatan itu.
Ketakutan ditinggalkan bersendirian di tengah-tengah fikiran kita, geletar tubuh, dan keraguan rohani membuat kita mencari-cari Allah semasa keadaan tidak berjalan lancar. Di manakah Dia apabila kita dilumpuhkan ketakutan dan hampir-hampir mati? Apabila minda kita memikirkan fikiran atau kerisauan yang mengganggu secara berulang? Apabila kita tertanya-tanya jika cara hidup yang meragam ini akan menjadi kebiasaan baharu kita?
Kita mendambakan keyakinan bahawa Allah melihat kita di tengah-tengah pergelutan kita dan bahawa seruan memohon pertolongan kita didengar.
Tuhan berjanji untuk menyertai kita. Meskipun ketika Dia rasa berjauhan, mata-Nya tidak pernah meninggalkan kita, dan Dia selalu bekerja di sebalik latar.
Peringatan: Allah menyertai saya.
Perihal Pelan
Ini merupakan minggu pertama daripada siri tujuh minggu yang membantu anda mengharungi kebimbangan sementara berpegang pada kebenaran alkitabiah dan janji Allah. Pelan lapan hari ini memberikan dorongan dan aplikasi praktikal untuk menjajarkan hati dan fikiran anda dengan kasih Yesus di tengah-tengah kebimbangan. Janji minggu ini: Allah menyertai saya.
More