Memahami Hidup AndaSampel
Memahami Hidup Anda – Bahagian 2: Limpahan Penghiburan
“Setelah Aku membawa nenek moyangmu keluar dari Mesir, sampailah kamu di tepi laut. Lalu orang Mesir mengejar nenek moyangmu dengan semua rata dan pasukan berkuda mereka ke Laut Merah." (Yosua 24:6)
Orang Israel diperhambakan di Mesir dan menderita di tangan tuan mereka yang kejam. Adakah itu masuk akal, memandangkan mereka ialah umat pilihan Allah? Mungkin tidak masuk akal kepada anda dan saya secara semula jadi. Namun, jalan Allah bukan seperti jalan kita, dan fikiran-Nya bukan seperti fikiran kita. Jika kita cuba memahami perkara berdasarkan logik kita ataupun budaya kita, kita pastinya tidak akan memahami apa yang dilakukan kadang kala oleh Allah dalam hidup kita. Dia membenarkan situasi yang susah demi membina iman umat-Nya; tetapi Dia ingin melakukan lebih banyak lagi dalam dan melalui kita. Dia mahu kita rasa apa yang dirasa-Nya.
Alkitab menyatakan bahawa Allah ialah Allah sumber segala penghiburan, yang menolong kita semasa kita mengalami kesusahan. Mengapa? Supaya kita boleh menghiburkan orang lain dengan penghiburan yang telah kita terima daripada Allah. Itulah cerita orang Yahudi. Jika anda mengkaji sejarah mereka sepanjang zaman, anda melihat bahawa mereka sentiasa menjaga orang yang miskin, tidak berdaya, dan tertindas dalam kalangan mereka, mengatakan, "Kami juga dilayan seperti itu dahulu ketika kami diperhambakan di Mesir."
Pernahkah hati anda dipatahkan? Tersinggung oleh orang yang rapat dengan anda? Dilukai oleh keluarga sendiri? Pernahkah anda dikecewakan oleh bos anda? Dibohongi? Ditolak kerana anda ialah orang Kristian? Ya, kita mungkin dilukai. Walau bagaimanapun, Tuhan ialah Tuhan yang berbelas kasihan yang menggunakan lebam kehidupan dan sakit hati supaya kita boleh berbelas kasihan terhadap orang lain, agar kita merasai apa yang Allah rasa terhadap mereka, supaya kita boleh menyertai mereka dan berkata, "Saya tahu kamu susah hati, dan saya tahu hati kamu remuk, tapi jangan putus asa. Jangan melarikan diri kerana Allah boleh menolong kamu dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh kawan atau ahli keluarga!”
Tidakkah anda rasa syukur kerana Dia ialah Allah segala penghiburan, dan bahawa penghiburan yang diberikan-Nya kepada anda dan saya boleh melimpah untuk menghiburkan orang lain?
Bersambung…
Perihal Pelan
Hidup ini tidak dapat diduga dan mengelirukan, meskipun ketika kita melayani Allah. Ada kalanya keadaan kelihatan tidak terkawal, meninggalkan kita tertanya-tanya apa yang sedang berlaku! Jika anda pernah rasa seperti ini atau bingung, siri renungan yang baru daripada Pastor Jim Cymbala ini adalah sesuai bagi anda!
More