Berpasangan dengan Orang yang Tidak BerimanSampel

Unequally Yoked

HARI 2 DARIPADA 4

Melihat Lebih Jauh Daripada Tentangan

Kandungan Renungan:

Jika pasangan anda menentang Tuhan, luangkan masa untuk melihat lebih jauh daripada tentangannya. Adakah sesuatu daripada masa lalunya yang mempengaruhi cara ia memandang Allah? Adakah ia menyalahkan Allah kerana trauma atau pengalaman hidupnya? Apa yang anda perhatikan pada zahirnya mungkin satu cangkerang yang melindungi luka yang dalam.

Tom berumur enam tahun semasa ibunya meninggal dunia. Ibunya lama sakit, dan Tom berdoa setiap malam agar ibunya disembuhkan. Pada malam sebelum ibunya meninggal dunia, Tom sibuk bermain dan tertidur di lantai tanpa berdoa. Pada keesokan paginya, ayahnya memberitahu Tom bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Tom tidak pernah mengatakan apa-apa, tetapi ia menyalahkan dirinya kerana kematian ibunya disebabkan ia tidak berdoa pada malam itu dan menyalahkan Allah kerana Dia kejam. Tom bersumpah, sekali-kali tidak akan memberikan Allah peluang kedua.

Saya berkenalan dengan Tom 28 tahun kemudian semasa ia datang untuk kaunseling dengan perasaan enggan. Perkahwinannya mengalami keretakan, dan isterinya memintanya untuk bercakap dengan saya untuk sekurang-kurangnya sekali. Isterinya ialah seorang Kristian. Tom tidak bermaksud untuk menjadi seorang Kristian, tetapi isterinya mengahwininya juga. Isterinya amat mencintainya. Kebencian Tom terhadap Allah telah menjadi isu yang besar dalam perkahwinan mereka. Tom mati-mati memberitahu isterinya berulang kali bahawa ia tidak mahu berhubungan dengan Allah. Semasa Tom dan saya berjumpa bersendirian, saya menanya mengapa ia begitu membenci Allah. Air matanya bergenang dan ia berkata tiada orang pernah bertanya tentang itu. Itu betul-betul mengejutkan saya. Tom menceritakan tentang kematian ibunya buat pertama kalinya. Cangkerang itu mula retak, dan sepanjang beberapa bulan seterusnya Tom mula membuka hidupnya kepada Allah dengan perlahan-lahan.

Dengan Tom, saya melihat tiga perkara dalam perkahwinannya: Pertama, isterinya berdoa tidak henti-henti untuknya selama dua tahun. Kedua, isterinya taat kepada panggilan Tuhan. Ketiga, waktunya adalah betul dan Allah yang sabar hadir semasa Tom membuka hatinya. Allah menggunakan wanita yang berupaya "melihat lebih jauh daripada tentangan" untuk membawa lelaki ini kepada Yesus.

Cabaran Hari Ini:

Mintalah Allah untuk membantu anda untuk melihat lebih jauh daripada tentangan hati pasangan anda dan untuk membantu anda untuk memandang pasangan anda melalui mata-Nya.

Menyelaminya:

Memanglah biasa jika kita memberikan reaksi terhadap apa yang diperhatikan pada zahirnya dan tidak melihat ke dalam. Semasa anda berdoa, pandanglah pasangan anda sebagai anak Allah yang sesat. Ketahui tanpa keraguan bahawa Allah mahu pasangan anda di Kerajaan-Nya. Berdoa untuk kesabaran dan kebijaksanaan semasa anda melihat lebih jauh daripada tentangan.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Unequally Yoked

Bagaimanakah saya hidup dengan pasangan yang tidak mempercayai Allah? Soalan itu tidaklah luar biasa dalam dunia sekarang ini, dan pasangan yang menghadapi situasi ini berhadapan dengan banyak masalah. Tanpa dasar iman yang sama dalam Kristus, perkahwinan itu adalah tidak seimbang. Dalam pelan ini, Dr. Kim Kimberling membantu anda untuk mengetahui apa yang harus dilakukan apabila anda berkahwin dengan orang yang tidak beriman.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kim Kimberling dan Awesome Marriage kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://awesomemarriage.com/