Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John PiperSampel
Roh adalah Perkenanan Allah
Roh Kudus ialah Allah. Dia yang diam dalam kita, memimpin kita, dan menyucikan kita tidak kurang daripada Allah, Roh Kudus. Bukti mudah bagi ini adalah gelaran kerap "Roh Allah." Roh ialah "milik Allah" bukan kerana Allah telah mencipta-Nya, tetapi kerana Dia berkongsi sifat Allah dan wujud secara abadi daripada Allah (lihat 1 Korintus 2:10-12).
Jika Anak Allah sama abadi seperti Bapa, seperti yang dijelaskan dalam Yohanes 1:1-3, maka Roh Kudus jugalah sama abadi dengan Anak dan Bapa, kerana, berdasarkan Roma 8:9-11, Roh Kristus ialah peribadi yang sama dengan Roh Allah. Jika tidak, kita perlu membayangkan bahawa terdapat waktunya di mana Anak tidak memiliki Roh dan Bapa tidak memiliki Roh. Walau bagaimanapun, Roh Kudus adalah penting kepada hubungan antara Bapa dan Anak. Dia merupakan, menggunakan kata-kata Handley C.G. Moule, "Hasil, Ikatan, Kenderaan, perkenanan dan kasih bersama mereka yang abadi" (Person and Work of the Holy Spirit, p. 28).
Sejak keabadian lagi, semasa Allah Bapa mengasihi Anak, wujudnya Roh Kudus kasih dan perkenanan tidak terbatas antara mereka, di mana Dia sendiri ialah Peribadi ilahi. Oleh itu, ketika Yesus berdoa untuk jemaat dalam Yohanes 17:24, Dia tidak meminta lebih daripada Roh Kudus daripada Bapa-Nya apabila Dia berkata, "Aku sudah menunjukkan Engkau kepada mereka; Aku akan terus berbuat demikian, supaya kasih-Mu kepada-Ku tetap di dalam hati mereka dan supaya Aku bersatu dengan mereka."
Kebenaran yang paling mulia antara semua kebenaran yang kita akan bongkar dalam 7 renungan ini adalah apabila Roh Kudus datang ke dalam kehidupan kita, Dia tidak datang sebagai Roh Anak semata-mata, tidak juga sebagai Roh Bapa, tetapi sebagai Roh kasih yang tidak terbatas antara Bapa dan Anak, supaya kita boleh mengasihi Bapa dengan kasih Anak, dan mengasihi Anak dengan kasih Bapa.
Ketahui lebih lanjut: http://www.desiringgod.org/messages/the-holy-spirit-he-is-god
Perihal Pelan
7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus
More