Jangan Berpuas Hati dengan KeselamatanSampel

Don't Settle For Safe

HARI 1 DARIPADA 3

Tiada Alasan Lagi

Kebanyakan orang yang bergelut untuk mengatasi ketakutan mereka ditimpa kekecewaan yang begitu besar sehinggakan setiap impian mereka dicemari kerisauan akan kegagalan yang toksik. Apabila fikiran anda menjadi kusut dengan kebarangkalian "bagaimana kalau," tiada lagi ruang untuk iman. Menjalankan hidup bersedia untuk hasil yang paling teruk bagaikan hidup di dalam kurungan—bukan secara bebas. Dengan peredaran masa, anda akan menyedari perbezaan antara melindungi hati anda dan membataskannya. Anda akan belajar untuk berhenti menghalang diri daripada perkara baik yang telah dijanjikan oleh Allah kepada semua orang yang hidup berdasarkan tujuan-Nya.

Anda, kawan saya yang berikhtiar untuk hidup, tidak akan berpuas hati dengan kehidupan yang ditentukan oleh rasa tidak keyakinan atau pengalaman lepas. Anda mempunyai akses kepada kuasa yang berupaya bekerja dalam diri anda untuk membebaskan anda daripada sebarang ikatan mental dan emosi yang telah meyakinkan anda bahawa kehidupan yang lebih baik terletak jauh daripada jangkauan anda. Kita tidak boleh menerima kuasa itu dan berpegang pada alasan kita pada masa yang sama. Hati, fikiran, dan tangan anda mestilah bebas untuk berpaut pada hal yang terletak di hadapan anda.

Menyingkirkan alasan ialah satu disiplin yang mesti diamalkan dalam fikiran, komunikasi, dan tindakan kita. Hanya ada satu bilik untuk bahasa yang menyatakan: Saya mahu! Pertumbuhan berlaku apabila kita menangani pengalaman peribadi kita dan bagaimana pengalaman tersebut telah mengubah kita. Anda boleh membentuk pola yang baru dan bergerak maju dengan penuh azam tidak seperti dulu, tetapi anda mesti mengetahui apa yang menghalang anda pada masa lalu. Jika cabaran untuk sembuh dan menjadi sempurna ditimbulkan oleh orang lain, maka perjalanan anda akan sentiasa memerlukan kebenaran untuk bergerak maju.

Jangan membenarkan takdir anda untuk ditentukan oleh demokrasi. Lingkungan terdekat anda mungkin tidak tahu cara membimbing anda melalui luka hati anda atau, lebih teruk lagi, mereka mungkin memerlukan kesengsaraan anda untuk melupakan keperluan mereka untuk penyembuhan. Elakkan daripada godaan menjadikan penyembuhan anda bergantung pada persetujuan dan pengesahan orang lain.

Jambatan yang menghubungkan siapa anda dahulunya dan siapa yang telah Allah tahbiskan anda untuk jadi dibina daripada batu-bata kerentanan, kerendahan hati yang sekuat mortar, dan rancangan induk yang begitu sempurna, sehinggakan perkara yang pernah menyakitkan anda akan membuat anda lebih baik. Kerelaan anda untuk melepaskan alasan dan berikrar untuk bergerak maju baru melepa batu-bata yang pertama, tetapi ada banyak kerja lagi yang perlu dilaksanakan.

Hari 2

Perihal Pelan

Don't Settle For Safe

Jika suara tidak berkeyakinan, keraguan, dan ketakutan tidak ditangani, ia akan menentukan hidup anda. Anda tidak boleh menyenyapkan suara ini atau tidak mengendahkannya. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Sarah Jakes Roberts menunjukkan anda bagaimana melawan batasan masa silam anda dan menerima hal yang tidak menyenangkan untuk menjadi tidak dapat dihentikan.

More

Kami berterima kasih kepada Sarah Jakes Roberts dan Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/YV-DontSettleforSafe