Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - KebaktianSampel

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian

HARI 17 DARIPADA 30

Bersukacitalah,bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa.
Roma 12:12

Beberapa tahun lalu, saya berpindah ke bahagian Utara Carolina untuk menyambungkan pembelajaran saya. Saya sangat menyukai tempat itu yang bergitu indah alam semula jadinya dan penghuni-penghuni yang bertinggal di situ. Semasa saya bertinggal di sana, saya menghadapi masalah kewangan untuk menampungkan kos seharian dan saya berdoa supaya mendapat pekerjaan yang lebih baik supaya saya boleh terus bertinggal di bahagian utara Carolina. Saya tidak dapat pekerjaan yang dikehendaki walaupun telah menghantar pemohonan kerja yang banyak. Saya telahpun mencuba sedaya upaya untuk bertinggal di situ, tetapi akhirnya berakhir saya tetap berpindah balik ke negeri asal saya. Saya berasa kecewa and tekanan kerana perancangan bagi kehidupan selama ini tidak dicapai.

Tidak sampai sebulan selepas berpindah ke rumah asal, saya berjaya mendapat pekerjaan dengan pembayaran gaji yang baik. Setahun kemudian, saya diberikan jawatan pekerjaan yang lebih baik yang telah membantu saya dalam segi kewangan dan stabil.

Sering kali kita berada dalam keselesaan dan kebahagiaan sendiri dan melupai bahawa kebahagiaan itu hanya untuk seketika sahaja dan tidak berkekalan. Apa yang berlaku apabila kehidupan anda berlaku perubahan, menyebabkan anda berasa dalam tekanan atau sakit hati?Kebahagiaan pada masa itu masih kekal?

Kebahagiaan akan hilang, tetapi kegembiraan tetap berkekalan. Jika anda masih pergelutan/perjuangan hari ini, digalakkan bahawa Tuhan tidak memilih doa-doa kita. Dia seorang pengasih dan penuh dengan belas kasihan. Dia memahami suara hati kita; Dia menyedari setiap keperluan dan perjuangan yang kita menghadapi. Jika Tuhan tidak menunaikan doa anda , ini adalah kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang anda mendoakan/meminta itu. Jika Dia bersenyap, Sabarlah dan terus menunggu-Nya, Allah sedang membina kewatakan kita, membentuk kita untuk musim yang akan datang yang Beliau telah merancang bagi kita.

Mendoal bukan hanya untuk meminta dari Tuhan keperluan sahaja. Ia adalah dialog peribadi antara anda dan Bapamu yang di syurga, yang mengasihi anda dan memahami apa yang terbaik untuk anda. Ini adalah kegembiraan yang berkekalan dengan harapan yang kita ada kepada-Nya! "

Oleh @remainauthentic
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian

Cabaran “30haripenulisanalkitab“(30daysofbiblelettering) telah menarik perhatian ramai yang ghairah dan menemui peminat menulis / pro / rakan-rakan /orang ramai yang baru. Pelan ini mengandungi kebaktian untuk setiap hari, ditulis oleh 30 artis. Jadi, jika anda seorang “penulis” (letterer) atau tidak, pelan bacaan ini akan mencabar,memberi sokongan dan keselesaan kepada anda. Dapatkan inspirasi daripada penulis-penulis dan pencipta-pencipta dengan melawat hashtag "Penderitaan menghasilkan ketekunan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada 30daysofbiblelettering kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.30daysofbiblelettering.com