KEHIDUPAN BERDOASampel

KEHIDUPAN BERDOA

HARI 3 DARIPADA 5

TERLALU SIBUK UNTUK MELUANGKAN MASA

Seorang ayah dan anak perempuannya yang masih mudah sangatlah akrab dan sentiasa meluangkan masa bersama-sama. Si ayah kemudiannya menyedari bahawa anak perempuannya mulai berubah, dan waktu yang diluangkan bersama semakin berkurangan.

Apabila si ayah keluar untuk bersiar-siar, anak perempunya akan memberi alasan kepada si ayah untuk tidak pergi bersamanya. Si ayah berasa sedih dan tidak faham. Ketika hari lahir si ayah tiba, anaknya itu memberinya sepasang sendal kraftangan yang sangat cantik, dan berkata kepada ayahnya, “Saya buatkan ini untuk kamu, Ayah.” Rupa-rupanya selama ini anak perempuannya sibuk menyiapkan sendal untuknya.

Si ayah kemudiannya memahami apa yang berlaku selama 3 bulan yang lalu dan berkata, “Sayang, saya sangat menyukai kasut ini, tetapi untuk lain kali, beli sahaja sendal itu dan biarkan ayah meluangkan masa bersamamu. Ayah lebih suka bersama kamu berbanding apa-apa yang kamu boleh lakukan untuk ayah."

Sesetengah daripada kita terlalu sibuk untuk Tuhan sehingga Dia tidak dapat bekerja dalam hidup kita. Kemudian Tuhan akan berkata kepada kita, "Aku tahu kerjamu, kerja kerasmu, kesabaranmu, tetapi Aku mendambakan cinta pertama." (Wahyu 2:2-4)

Renungan

Seringkali kita terlalu sibuk melakukan pekerjaan Tuhan sehingga mengabaikan hubungan kita dengan Tuhan. Adakah anda percaya bahawa Tuhan lebih mementingkan hubungan kita dengan Tuhan berbanding apa yang kita lakukan untuk-Nya? Luangkan masa yang terbaik untuk kita bersekutu dengan Tuhan dan mengenali Dia dengan lebih mendalam.

Tiada manusia yang dapat bertambah dalam kasih karunia jika dia mengabaikan doa (C. H. Spurgeon)

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

KEHIDUPAN BERDOA

Doa adalah nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Kita berdoa bukan hanya kerana kita memerlukan sesuatu daripada Tuhan. Tetapi biarlah doa itu menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani setiap orang percaya. Renungan ini akan memberi gambaran bagaimana kita boleh berdoa setiap masa di dalam hidup kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/