Alkitab Untuk Anak-AnakSampel

Alkitab Untuk Anak-Anak

HARI 4 DARIPADA 8

Lama dahulu, Allah telah mengutus malaikat Gabriel kepada seorang gadis manis muda Yahudi yang bernama Maria. Malaikat itu berkata kepada Maria, “Anda akan mempunyai seorang anak lelaki dan memanggil NamaNya Yesus. Beliau akan dipanggil Anak Allah yang Maha Tinggi. Dia akan memerintah selama-lamanya.”

“Bagaimana ini boleh terjadi?” gadis itu bertanya. “Saya masih anak dara.” Malaikat memberitahu Maria bahawa anak itu akan datang dari Allah. Tidak akan ada seorang bapa manusia.

Malaikat kemudian memberitahu Maria bahawa Elisabet sepupunya telah mengandung walaupun umurnya sudah lanjut. Ini adalah satu keajaiban juga. Tidak lama selepas itu, Maria melawat Elisabet. Mereka memuji Allah bersama-sama.

Maria sebenarnya telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf. Yusuf sedih apabila dia mengetahui yang Maria telah mengandung. Beliau berpendapat lelaki lain ialah bapa kepada anak tersebut.

Di dalam mimpi, malaikat Tuhan berkata kepada Yusuf bahawa anak ini adalah Anak Allah. Yusuf hendaklah membantu Maria menjaga Yesus.

Yusuf percaya dan mentaati Tuhan. Dia juga taat kepada undang-undang negaranya. Disebabkan oleh undang–undang baru, dia dan Maria berangkat ke kampung halaman mereka, Bethlehem, untuk membayar cukai mereka.

Di sana, tiba masa untuk Maria bersalin. Tetapi Yusuf tidak dapat mencari bilik di mana-mana sahaja. Semua rumah tumpangan telah penuh.

Yusuf akhirnya menjumpai sebuah bangsal. Di sana, bayi Yesus dilahirkan. Ibunya meletakkan bayi itu di dalam palung, tempat di mana makanan haiwan diletak.

Berdekatan, gembala menjaga kawanan mereka. Malaikat Tuhan muncul dan memberitahu mereka tentang berita baik ini. “Telah dilahirkan kepada anda hari ini di bandar Daud Penyelamat kamu, Kristus Tuhan. Anda akan menemui Bayi itu berbaring di dalam palung.”

Tiba-tiba, lebih banyak malaikat menyertai malaikat tersebut, memuji Tuhan dan berkata, “Terpujilah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati Tuhan!”

Gembala-gembala pun tergesa-gesa ke bangsal. Setelah melihat Bayi tersebut, mereka memberitahu semua orang yang mereka bertemu tentang apa yang dikatakan oleh malaikat mengenai Yesus.

Empat puluh hari kemudian, Yusuf dan Maria membawa Yesus ke rumah Tuhan di Jerusalem. Terdapat seorang lelaki yang bernama Simeon memuji Tuhan untuk Bayi itu, manakala Hana, satu lagi hamba Tuhan yang sudah berusia, memberi syukur kepada Tuhan. Kedua-dua tahu Yesus adalah Anak Allah, Penyelamat yang dijanjikan. Yusuf mengorbankan dua ekor burung. Ini adalah satu persembahan Taurat Tuhan apabila mereka yang miskin, membawa anak yang baru lahir kepada Tuhan.

Selepas itu, satu bintang khas membawa beberapa orang kajibintang dari Timur ke Yerusalem. “Di manakah Dia yang dilahirkan menjadi Raja orang Yahudi?” mereka bertanya. “Kami mahu menyembahNya.”

Apabila Raja Herodes terdengar akan hal ini, dia berasa terkejut. Beliau meminta ahli kajibintang memberitahu beliau apabila mereka menjumpai Yesus. “Saya mahu menyembahNya, juga,” kata Herodes. Tetapi dia berbohong. Herodes hendak membunuh Yesus.

Bintang khas itu membawa ahli-ahli kajibintang itu tepat ke sebuah rumah di mana Maria dan Yusuf tinggal bersama anak kecil tersebut. Mereka sujud menyembah dan memberi Yesus emas, kemenyan dan mur.

Allah memberi amaran kepada ahli kajibintang supaya pulang tanpa pengetahuan Herodes. Herodes amat marah dan mahu membunuh Yesus lalu memberi perintah supaya semua bayi lelaki di Bethlehem dibunuh.

Tetapi Herodes tidak dapat memusnahkan Anak Tuhan! Menerima amaran di dalam mimpi, Yusuf membawa Maria dan Yesus dengan selamatnya ke Mesir.

Apabila Herodes meninggal dunia, Yusuf membawa Maria dan Yesus kembali dari Mesir. Mereka tinggal di sebuah bandar kecil, Nazareth, berhampiran lautan Galilea.

TAMAT

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Alkitab Untuk Anak-Anak

Bagaimana semuanya bermula? Di mana kita datang? Mengapa ada kesengsaraan sedemikian di dunia? Adakah ada harapan? Adakah kehidupan selepas kematian? Cari jawapan semasa anda membaca sejarah sejati dunia ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bible for Children, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bibleforchildren.org/languages/malay/stories.php