Saya Berserah: Renungan yang Memberikan Ilham oleh BanduanSampel
TUHAN MENGASIHI SAYA
“Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku.” —YOHANES 10:27-28
Dahulu saya hidup sebagai orang Kristian, tetapi sekarang saya telah menyimpang daripada kebenaran. Selama bertahun-tahun, kesusahan berselang-seli, jauh dalam hati saya, saya tahu saya amat memerlukan Tuhan tetapi saya melawannya kerana saya takut akan Dia. Walau bagaimanapun, satu contoh yang mudah mengingatkan saya bahawa Allah selalu memanggil saya dengan lembut untuk kembali kepada-Nya. Saya tidak pernah memberitahu anak saya tentang situasi saya semasa di penjara. Bila-bila saya memanggil mereka atau menuliskan surat, saya hanya "berjauhan", dan semuanya "okey". Kemudian, seorang wanita Kristian dan kawan baik di penjara memberitahu saya untuk memberitahu anak saya kebenarannya.
Saya memberitahu mereka dan menunggu dengan risau selama dua bulan untuk balasan mereka. Akhirnya, saya menerima satu berkat yang besar—surat yang pertama dihantar oleh anak perempuan saya. Di bahagian atas kertas itu, ia telah menulis dengan huruf besar, “BALASLAH DENGAN CEPAT” dan “MAMA, SAYA SENTIASA MENGASIHIMU.”
Kata-kata anak perempuan saya telah membuka mata saya kepada kebenaran yang besar: Tuhan sentiasa mengasihi saya. Saya berdoa agar saya akan setia terhadap-Nya dan menjadi apa jua yang diingini-Nya.
—Nina
DOA: Ya Tuhan, tolonglah saya untuk menjalankan hidup yang diingini-Mu bagi saya mulai sekarang, sehari demi sehari. Terima kasih kerana kesabaran-Mu terhadap saya. Tolonglah saya untuk bersabar dengan orang lain. Amin.
Kitab
Perihal Pelan
Alkitab merupakan kitab tentang penebusan, kebebasan, dan harapan. Halamannya merangkumi watak yang dinamik dan tabah hati—lelaki dan perempuan remuk yang menari-cari jawapan. Dalam sesetengah cara, mereka itu serupa dengan banduan dan bekas banduan yang menuliskan bahan renungan ini. Kami berharap anda rasa terdorong dan dipenuhi ilham oleh suara jemaat dalam penjara ini. Semoga kesaksian mereka membebaskan kita.
More