Kehidupan Terubah: Pada Hari KrismasSampel
Harapan
Sebagai orang Kristian, kita meraikan hari Krismas sebagai cara mengingati harapan kita dalam Yesus. Namun, mengapakah kita mudah berasa tidak berharapan pada musim ini? Mungkin kita tidak betul-betul memahami apa itu harapan dan dari mana datangnya harapan itu.
Yeremia 29:11 merupakan satu ayat Alkitab yang paling popular tentang harapan. Ia berkata, "Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan."
Ini bukan kata-kata yang indah untuk dibingkaikan atau dicetak pada cawan sahaja. Ini ialah janji daripada Allah yang harus dipaut semasa kita berasa putus asa. Walaupun pada asalnya kata-kata ini ditujukan kepada orang Israel yang ditawan di Babilonia, Allah tetap sama sekarang ini seperti pada waktu itu. Disebabkan sifat-Nya kekal sama, kita boleh mempercayai bahawa janji ini masihlah benar bagi kita sekarang ini.
Sebenarnya, jika kita mencari, kita akan menemui janji Allah untuk kita dalam seluruh Perjanjian Lama. Berulang kali, melalui cerita umat-Nya, Allah menunjukkan kepada kita siapa Dia itu dan membuktikan bahawa Dia boleh dipercayai.
Salah satu janji terawal Allah kepada kita tercatat dalam Kejadian ketika Allah berkata bahawa Dia akan memberkati semua bangsa dunia ini melalui Abraham. Apa yang dikatakan oleh Allah ialah Mesias akan berasal daripada keturunan Abraham dan Dia akan menyelamatkan semua orang daripada dosa mereka–bukan orang Yahudi sahaja, tetapi semua orang yang mempercayai-Nya. Sesudah itu, dalam Perjanjian Baru, kita melihat bukti bahawa Allah menepati janji-Nya. Kitab Matius menyusur-galur keturunan Yesus hingga Abraham, dan kitab Yohanes memberitahu kita bahawa sesiapa yang mempercayai Yesus akan menerima hidup kekal. Allah kita menepati janji. Dia ialah harapan kita yang hidup.
Harapan tidak timbul daripada benda material atau janji kosong dunia ini. Harapan yang sebenar timbul daripada kesedaran bahawa kita akan menghabiskan keabadian bersama dengan Yesus. Berbanding dengan keabadian di Syurga, keadaan kita sekarang ini cumalah suatu blip dan akan hilang dalam sekelip mata. Sementara itu tidak bermaksud kita tidak akan menderita, ia bermaksud kita boleh memilih untuk memandang melewati penderitaan semasa kita kepada masa depan yang akan datang.
Walau apa pun yang akan anda lalui pada musim cuti ini, pandanglah janji Allah untuk harapan. Dia tidak akan meninggalkan anda atau mengecewakan anda. Dia akan sentiasa mengampunkan anda dan selalu memimpin anda. Dialah kekuatan anda, batu anda, dan perlindungan anda. Ketika anda rasa anda tidak dapat melakukan cukup banyak, tidak memiliki secukupnya, atau tidak memadai, ingatlah bahawa pergelutan ini hanya sementara dan Allah mempunyai lebih banyak lagi untuk anda. Dia sangat mengasihi anda dan ingin menghabiskan masa bersama dengan anda. Ingatlah bahawa Dia telah menjanjikan masa depan bagi anda, dan itu adalah lebih daripada yang dapat anda bayangkan.
Perihal Pelan
Di tengah-tengah kesibukan musim cuti, memanglah mudah untuk terlupa akan sebab kita meraikan sesuatu itu. Dalam pelan adven 5 hari ini, kita akan menyelami janji yang digenapi oleh kelahiran Yesus dan harapan yang kita miliki untuk masa depan. Semasa kita mempelajari lebih banyak tentang siapa Allah itu, kita akan mendapat tahu tentang cara menempuh musim cuti dengan harapan, iman, sukacita, dan kedamaian.
More