Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel
Kasih Sejati, Matlamat Kita
Jika kasih sejati betul-betul matlamat kita, tidakkah kita ingin mengetahui bagaimana rupanya dan cara untuk mencapainya? Soalan yang mungkin terlintas dalam fikiran kita ialah bolehkah kita mengenali kasih sejati?
Jika Allah ialah kasih,
dan Allah memerintah agar kita mengasihi-Nya,
dan Allah, melalui kasih kurnia, telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Kristus dalam keselamatan kita,
maka, kita boleh menyimpulkan bahawa jawapannya ialah ya—YA yang bergema!
Kita telah diberikan keupayaan mengenali kasih sejati, menikmati kasih sejati, hidup dalam kasih sejati, dan memberikan kasih sejati. Jika Allah sendiri ialah kasih, maka, Dia bukan sahaja teladan dan standard kita akan kasih, malah, Dia sendiri ialah sumber kasih kita.
Walau bagaimanapun, adakah terdapat rintangan yang mungkin menghalang kita?
Ketidakpercayaan? Luka? Pengkhianatan? Kecurigaan? Apati? Kerjaya? Keluarga? Kepopularan? Ketakutan? Rasa tidak layak? Kegagalan? Pertimbangkan ini sepanjang hari ini semasa bekerja, di rumah, semasa memandu . . . kemudian, berdoalah kepada Tuhan dan berkongsi tentang penemuan anda. Jika anda rasa tiada apa-apa rintangan yang menghalang anda, tetapi rasa anda tidak seintim yang diharapkan dengan Tuhan, kongsikan itu dengan Tuhan juga.
Perihal Pelan
Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian yang paling penting. Pelan daripada Thistlebend Ministries ini meneroka makna alkitabiah kasih dan cara untuk lebih mengasihi Allah dan orang lain.
More