Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 10 DARIPADA 12

Satu-satunya Keinginan Kita Ialah Kasih Sejati.

Jika satu-satunya keinginan kita ialah mengasihi Kristus sepenuhnya, kita mesti menempel pada-Nya dan mengikuti-Nya sepenuhnya. Demi mengikut Dia sepenuhnya, kita mesti mengangkat salib kita dan melepaskan kehidupan kita untuk menjalankan kehidupan-Nya. Kita mesti mati terhadap diri, terhadap jalan kita, terhadap kemahuan kita, terhadap kegembiraan kita. Dalam kematian inilah, kematian terhadap swacinta, kasih Kristus hidup dalam kita. Kita mesti memandang-Nya--tidak kepada orang lain, tidak kepada benda lain--untuk kedamaian, penerimaan, perkenan, haluan, dan nilai. Kita mesti menemui semua sukacita kita dalam-Nya. Dia mestilah ganjaran terbesar kita. Kita mesti bergantung sepenuhnya pada faedah yang diharapkan dalam-Nya. Kita mesti berharap dalam Tuhan dan bukan dalam kebenaran diri. Kita seharusnya tidak meletakkan keyakinan pada diri sendiri. Sebenarnya, jika kita meninggalkan diri, pada masa itulah kita akan menemui Kristus dengan lebih lengkap.

Akan tetapi, meninggalkan diri bukanlah satu perbuatan yang kecil. Ia bermaksud kita mesti meninggalkan cara, wawasan, keinginan, kehendak, ketakutan, perasaan tidak yakin diri, masalah, kebimbangan, kemahuan kita, dsb. Semakin banyak kita meninggalkan keselesaan dan cara dunia ini, semakin dekatlah kita dapat kekal setia kepada penghiburan dan cara Kristus. Semakin kita bersukacita dalam Kristus, semakin relanya kita untuk melayani-Nya dan menderita demi-Nya, dan kuranglah bahaya kita akan meninggalkan-Nya. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada anda akan menguatkan anda.

Jika kita ingin dipenuhi-Nya dan kasih-Nya, kita mesti berjalan dengan hati yang bersatu dengan hati-Nya sepanjang hari, macam mana kuatnya badai atau betapa besarnya gangguan atau macam mana kuatnya godaan yang melanda kita.

Esok, kita akan melihat ini secara praktik, hari demi hari.

Membatinkan Kebenaran: Pilih satu ayat Alkitab untuk difikirkan secara serius untuk membaharui fikiran dan mengubah hati anda.

Mematikan Diri: Apakah dosa khusus dalam hidup anda yang disasarkan oleh ayat Alkitab pilihan anda? Paulus memberitahu kita dengan amat khusus untuk buang cara hidup yang lama.

Menghidupkan Kebenaran: Hidup seperti manusia baru--Kristus. Apakah penyesuaian khusus yang perlu anda buat terhadap fikiran atau sikap atau kelakuan anda untuk berserah kepada-Nya dan menerapkan kebenaran-Nya dalam fikiran dan hati anda?

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian yang paling penting. Pelan daripada Thistlebend Ministries ini meneroka makna alkitabiah kasih dan cara untuk lebih mengasihi Allah dan orang lain.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org