Kenangan Krismas Corrie Ten Boom Sampel

Corrie Ten Boom’s Christmas Memories

HARI 1 DARIPADA 3

Krismas pada zaman kanak-kanak Corrie

“Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai”. - Yesaya 9:5 BM 

Apabila Corrie berumur 84 tahun, ia teringat-ingat akan kenangan manis Krismas zaman kanak-kanaknya. Corrie berkongsi bahawa sukacita Krismas bukanlah kegembiraan singkat dan sementara yang hilang apabila musim sejuk bulan Januari bermula selepas musim Krismas. Walau bagaimanapun, sukacita Krismas ialah, dan sentiasanya, sukacita kekal yang tidak terkatakan dan kemuliaan yang besar.

Ya, ada kenangan manis semasa kecil dengan ibu dan makciknya yang berbakat menjadikan Krismas berwarna-warni dan ceria. Corrie ingat akan pokok holi dan dedalu, ada kalanya ada juga pokok Krismas yang kecil, meja Krismas yang dihiasi reben merah, di mana keluarga berkumpul, menikmati coklat panas dan roti Krismas yang ditaburkan gula serbuk. Mereka berjalan ke Sint Bavo Cathedral untuk kebaktian dan menyanyikan "Oh Malam Kudus" dan "Hai Mari Berhimpun" dan bunyi organ yang terkenal di seluruh dunia memenuhi gereja itu. Semua penyataan sukacita mulia yang kekal dan tidak terkatakan. 

Pertama-tama, mereka meraikan bahawa kata-kata nabi Yesaya digenapi, pada malam itu di Betlehem 2000 tahun lalu: "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16). Mereka sedar bahawa Dia ialah "Penasihat Bijaksana", Dia ialah Allah, Dia telah membawa kedamaian di tengah-tengah keadaan. Suatu hari nanti Dia akan datang semula dan memerintah selama-lamanya. Komitmen mendalam Tuhanlah yang menjamin semua ini.

Itulah makna Krismas bagi keluarga ten Boom. Mereka ingin melayani Raja ini dengan sepenuh hati, fikiran, dan kekuatan mereka. Mereka ingin berkongsi sukacita Krismas ini dengan sebanyak orang yang mungkin, kerana mereka tahu Tuhan Yesus telah berkata: "Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu" (Matius 11:28).

Renungan

Marilah kita meraikan Krismas, dengan kesedaran bahawa Krismas adalah tentang Sukacita yang Kekal, kerana Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehinggakan Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Dia itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Dialah Tuhan dan Raja kita hari ini!

Doa

Terima kasih Tuhan kerana kami boleh meraikan kedatangan-Mu ke dunia ini sepanjang tahun kerana kedatangan-Mu adalah tentang kebenaran dan sukacita yang tidak henti-henti.


Hari 2

Perihal Pelan

Corrie Ten Boom’s Christmas Memories

Dalam pelan bacaan ini, kami akan meneliti Yesaya 9 dan mendapat tahu tentang Krismas yang diraikan oleh Corrie ten Boom pada zaman kanak-kanaknya; sebelum masa perang dan di kem tumpuan Ravensbrück 1944. Corrie menulis tentang Krismas tersebut dalam ‘Corrie’s Christmas Memories’ (1976).

More

Kami berterima kasih kepada Stichting Corrie ten Boomhuis kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.corrietenboom.com/en/home