Kuasa Harapan: 7 Hari Menuju ke Arah Berharap pada TuhanSampel

Harapan Syurga | Stefanus
Bagaimana kalau anda berdiri di depan skuad penembak dan satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri ialah menyangkal Tuhan anda?
Berdiri di depan badan penguasa Yahudi yang paling berkuasa pada zamannya, Stefanus tidak berundur daripada mengkhabarkan kebenaran tentang Tuhannya. Tidak diragui Stefanus menyedari kemarahan pemimpin yang kian meningkat, dan ia tahu bahawa hukuman kononnya mengkufuri Allah ialah direjam dengan batu. Namun, Stefanus meneruskan gambaran keseluruhannya tentang sejarah Israel: ia mahu mengemukakan hujah tentang kekerasan hati Majlis Agama.
Stefanus tidak takut kemarahan Majlis Agama kerana ia memiliki harapan syurga. Sebenarnya, sebelum pemimpin Yahudi menyerangnya, Stefanus menengadah ke langit dan melihat kemuliaan Tuhannya. Ketika ia "meninggal dunia", kesyahidan Stefanus menunjukkan dengan indahnya kepercayaannya terhadap Yesus dan harapannya akan hidup kekal bersama dengan Tuhannya.
Aspek kehidupan anda yang manakah menunjukkan kepercayaan anda terhadap Yesus dan harapan anda akan hidup kekal bersama dengan-Nya?
Perihal Pelan

Tajuk berita dunia dan pergelutan peribadi boleh menyebabkan anda berasa letih dan cemas, tetapi tiada perkara yang baru bagi Allah. Orang pada zaman alkitabiah juga sering mengalami perkara yang sama. Pelan bacaan Alkitab 7 hari ini ditulis oleh pengarang terlaris, Jack Countryman, dan tertumpu pada tujuh cara Allah menyediakan harapan kepada anak-anak-Nya sekarang ini, sebagaimana yang telah diberikan-Nya berkali-kali kepada para wira dalam Alkitab.
More
Pelan yang Berkaitan

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Bangkitlah dan Bersinarlah

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
