Alkitab Itu HidupSampel
Alkitab Menembusi Kegelapan
Diya tidak mahu ada kena-mengena dengan keKristianan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017, kawan karib Diya berkongsi kesaksiannya di gerejanya di New Zealand. Diya hadir untuk menyokongnya … dan Diya terus menghadiri gereja itu. Diya menyerahkan hidupnya kepada Yesus pada tahun itu, sebelum berpindah ke India.
Mengendalikan iman yang baru di sebuah negara yang baru tanpa komuniti Kristian meletihkan, akhirnya Diya menjadi begitu murung sehinggakan ia dengan susah payah bangun setiap hari.
"Saya berasa kesepian dan mendapati susah untuk bergaul dengan orang lain. Saya kehilangan sebahagian besar daripada autonomi dan kebebasan saya apabila saya berpindah ke India, dan banyak fikiran yang toksik datang dalam fikiran saya. Walau bagaimanapun, saya berupaya mengubah pemikiran saya apabila saya berhubungan dengan Alkitab melalui YouVersion."
YouVersion memberikan Diya cara untuk berhubungan dengan orang Kristian yang lain dan belajar daripada mereka melalui Pelan Alkitab. Sejak tahun 2018, ia telah melengkapkan 428 Pelan Alkitab.
Bila-bila Diya mempunyai pertanyaan, ia membuka apl YouVersion dan mencari Pelan yang berkaitan dengan topik itu. Semakin banyak Pelan yang dibacanya, semakin banyak imannya bertumbuh.
"Ada kalanya saya memulakan 11 Pelan untuk menyelami kebenaran. Ini merupakan peluang untuk belajar daripada orang lain yang pernah mengalami hal yang sama dengan anda dan mendapatkan dorongan daripada mereka. Saya mendapati saya tidak bersendirian dalam pergelutan saya. Saya boleh mendengar daripada orang yang pernah mengalami dan mengatasi kemurungan, dan ini menyedarkan saya bahawa pengikut Yesus bergelut dengan kesihatan mental juga."
Sekarang, bila-bila Diya rasa sepi, murung, atau terasing, ia berupaya berpaut pada janji Allah dan menawan segala fikirannya berbanding dengan apa yang dikatakan oleh Yesus tentangnya.
"Ada kalanya, apabila anda rasa murung, anda hanya memerlukan satu perkataan. Apl ini merupakan 'jalan pintas' yang membantu saya memahami Alkitab dan iman saya. Teknologi adalah alat yang begitu menarik sehinggakan kita boleh menggunakannya untuk berhubungan dengan iman kita. Saya rasa saya tidak ada di sini jika saya tidak menemui cara untuk berhubungan melalui Kristus, kerana waktu tersebut adalah sangat gelap dan Dialah satu-satunya sumber cahaya yang saya miliki ketika itu—dan masih dimiliki sekarang ini."
Disebabkan oleh kuasa Firman Allah, keterasingan boleh diubah menjadi perhubungan, dan harapan dapat ditemui di tengah-tengah kesusahan.
Renungkan cerita Diya, kemudian luangkan masa untuk berbual dengan Allah tentang musim yang sedang anda alami. Semasa berbuat demikian, mintalah Allah untuk mendedahkan kepada anda tentang hal yang benar tentang situasi anda, dan carilah Alkitab untuk kata-kata-Nya yang penuh harapan dan dorongan. Benarkan terang-Nya untuk menembusi mana-mana kegelapan dalam hidup anda.
Perihal Pelan
Dari awal dunia, Firman Allah memulihkan hati dan fikiran dengan aktif—dan Dia belum siap lagi. Dalam Pelan 7 hari yang istimewa ini, marilah meraikan kuasa pengubahan hidup Alkitab dengan meneliti bagaimana Allah menggunakan Alkitab untuk memberikan kesan terhadap sejarah dan mengubah hidup di seluruh dunia.
More