Menemui Semula Musim KrismasSampel

Rediscovering the Christmas Season

HARI 1 DARIPADA 25

Pengenalan Pengembaraan Ini

Apakah itu Adven? Adven berasal daripada perkataan Latin adventus yang bermaksud ketibaan atau kedatangan. Orang Ibrani menanti-nantikan seorang Penyelamat atau Mesias—Adven yang Pertama. Sekarang ini, kita menantikan kedatangan semula-Nya untuk menyebabkan pengantin-Nya jatuh cinta—Adven yang Kedua. Jemaat menanti-nantikan kedatangan semula-Nya sejak Dia berangkat pada kali pertama.

Mengapakah Saya Harus Melibatkan Diri dalam Adven? Apakah kena-mengena Adven dengan perayaan kedatangan Yesus? Mengikut tradisi, Adven membilang bawah empat minggu ke hari Krismas. Secara praktis, Adven mengingatkan kita untuk menantikan kepulangan-Nya setiap hari. Musim ini ialah tentang menetapkan semula Yesus Kristus di pusat hidup kita. Apabila Dia datang kembali untuk membawa kita pulang untuk selama-lamanya, kita mahu bersedia. Menjangka untuk berasa kagum, dicabar, menumpukan semula perhatian, dipatahkan, didorong, disatukan, digalakkan, dan terutamanya, penuh harapan.

Bagaimanakah Saya Menggunakan Pelan Bacaan Ini? Setiap hari merangkumi soalan renungan harian dan sering kali mencadangkan aktiviti untuk membantu anda menumpukan perhatian pada Yesus. Anda boleh mengikut tertib yang dicadangkan atau melangkau dan memilih hari yang anda rasa paling berfaedah. Anda boleh melengkapkan pelan ini secara bersendirian, tetapi fikirlah cara untuk melengkapkannya secara berkumpulan atau dengan keluarga. Sesetengah aktiviti ialah perkara yang memang anda lakukan semasa musim Krismas, tetapi mencadangkan pendekatan yang berpusatkan Kristus. Aktiviti yang lain pula ialah perkara yang tidak pernah anda cuba, jadi berfikiran terbuka dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru. Setiap hari termasuk Pendedahan, Peninjauperiksaan, Pengungkapan, dan Pengalaman. Kandungan Tambahan tersedia setiap hari untuk membantu pencarian anda.

Pendedahan: Baca catatan dua orang yang menunggu setiap hari di Bait Tuhan untuk kedatangan Yesus. Carilah maklumat tentang lingkaran bunga Adven untuk menambahkan unsur tradisional dan hiasi rumah anda dengan lingkaran bunga pada waktu ini. Lingkaran bunga anda bolehlah semudah empat lilin yang diatur dalam bulatan.

Peninjauperiksaan: Bincangkan atau mencatatkan jurnal tentang dua orang yang diberkati kerana mereka telah melihat Penyelamat yang telah diutus oleh Allah. Bagaimanakah hidup anda boleh mencerminkan bentuk penantian seperti ini?

Pengungkapan: Fikirlah tentang bagaimana anda menantikan hari Krismas. Sebanyak manakah perasaan ini tertumpu pada kedatangan Kristus?

Pengalaman: Sebelum anda meneruskan perjalanan 25 hari ini, luangkan masa untuk berdoa. Mintalah Allah untuk membuka mata anda supaya penglihatan anda akan Yesus menjadi lebih jelas lagi. Mintalah Allah untuk menyedarkan anda tentang maksud menjalankan hidup anda dengan jangkaan Adven Yesus. Pada tahap peribadi, apabila Yesus datang, hidup ini betul-betul suatu ADVENTure (pengembaraan). Marilah kita mengalaminya sepenuhnya pada musim Krismas ini!
Hari 2

Perihal Pelan

Rediscovering the Christmas Season

Mulakan tradisi Krismas yang baru dengan corak nada bukan tradisional di musim Adven. Tarikh yang sesuai bagi pengembaraan ini ialah 1hb Disember, sementara permulaan yang lebih awal menetapkan rentak yang santai. Merangkumi soalan renungan dan langkah tindakan untuk menumpukan setiap hari pada Kristus. Sesuai untuk individu, keluarga, atau kumpulan kecil.

More

Struktur pelan bacaan "Rediscovering the Christmas Season" disediakan dengan ihsan Life.Church. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Life.Church, layari www.life.church

Pelan yang Berkaitan