Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada MazmurSampel
Memuji Allah Menguatkan Kita Sementara Menunggu
Pemazmur Daud perlu tunggu lama untuk penggenapan janji Allah tentang melantiknya menjadi Raja. Sering kali, semasa penantiannya, Daud bersembunyi untuk menyelamatkan diri daripada Raja Saul yang memburunya. Daripada meninggalkan kepercayaannya dalam Allah, Daud menyelami imannya sementara menunggu. Pada satu ketika semasa penantiannya, Daud menyatakan pujiannya dengan berkata, "Pada waktu pagi, ya Tuhan, Kaudengar suaraku; pada waktu pagi kulafazkan permohonanku ke hadirat-Mu lalu menanti dengan harapan" (Mazmur 5:3). Frasa "menanti dengan harapan" bercakap tentang harapan yang yakin. Daud tidaklah berpura-pura. Dalam bahagian awal Mazmur 5, Daud mengeluh dan meminta Tuhan untuk mendengar rintihannya (Mazmur 5:1). Walau bagaimanapun, selepas Daud mencurahkan hatinya, ia mengalihkan tumpuannya kepada memuji Allah agar Dia menjawabnya. Semasa Dia mengangkat pujiannya, Roh Kudus menguatkan hatinya dengan harapan yang yakin. Itulah kuasa luar biasa pujian.
Semasa anda menunggu Allah untuk menjawab doa anda, ikutlah pola ini. Curahkan hati anda kepada Allah dengan kejujuran nyata, kemudian menukarkan tumpuan anda kepada memuji Allah. Dia akan menjawab kerana Dia berjanji untuk menjawab. Sebagai Allah yang Kudus, Dia sentiasa memenuhi janji-Nya. Semasa anda terus memuji Allah meskipun ketika Dia seolah-olah berdiam, Roh Kudus akan menguatkan hati anda dengan harapan yang yakin.
Sela – Berhenti Sejenak dan Merenung: Dalam lingkungan hidup anda yang manakah anda menantikan penerobosan? Bagaimanakah memuji Allah kerana sifat-Nya, menguatkan harapan anda semasa anda menunggu?
Doa Pujian: Allah Tuhan, saya memuji-Mu kerana Engkau baik dan suci. Engkaulah Allah yang sentiasa memenuhi janji-Mu. Terima kasih Tuhan kerana Engkau berjanji bahawa Engkau akan menjawab (Matius 7:7). Saya memuji-Mu kerana Engkau selalu mendengar suara saya dan kerana saya boleh mempercayai-Mu untuk menggenapi semua janji-Mu (Mazmur 5:3, 2 Korintus 1:20). Terima kasih kerana semasa saya memuji-Mu hari ini, Engkau akan memenuhi hati saya dengan harapan yang yakin.
Mazmur 5:3, "Pada waktu pagi, ya Tuhan, Kaudengar suaraku; pada waktu pagi kulafazkan permohonanku ke hadirat-Mu lalu menanti dengan harapan."
Kitab
Perihal Pelan
Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan kuasa luar biasa pujian untuk menangani emosi tersebut. Bongkarlah rahsia ketenangan dalam renungan tentang Mazmur ini.
More