Kehidupan BerintegritiSampel

A Life Of Integrity

HARI 4 DARIPADA 4

"Ia Adalah Pilihan"

Integriti tidak didefinisikan melalui pengisytiharan menjadi jujur; ia didefinisikan oleh pilihan kita. Berkenaan integriti, kata-kata kita perlu memadani tindakan kita. Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita adalah berintegriti sahaja. Kita mesti memilihnya.

Bagi saya, isu integriti yang paling sukar adalah wang. Saya berasa takut tentang masa depan saya, dan ketakutan ini menyebabkan saya, sepanjang hidup saya, untuk berkompromi tentang integriti saya. Di kolej, saya telah diberitahu bahawa saya tidak boleh memulangkan sepasang kasut yang baru, kerana saya tidak memiliki kotak asalnya. Jadi… saya mengambil kotak dari almari dan memulangkan kasut itu dalam kotak yang lain, walaupun saya sedar ia bermaksud saya akan mendapat lebih banyak wang daripada yang telah dibayar. Bolehkah saya memberikan justifikasinya? Tentulah. Adakah saya berbuat demikian? Ya. Memang sukar untuk mengakuinya, tetapi pada akhirnya saya memilih untuk menipu dan mencuri.

Integriti adalah pilihan yang sukar, kerana ia meminta kita untuk menafikan keinginan kita yang mementingkan diri. Kita terlepas peluang mendapatkan apa yang diingini, pada masa kita mengingininya, dan dalam cara kita ingin memperolehnya. Menafikan keinginan tidaklah senang, selesa, mahupun seronok. Ini adalah bahagian besar yang menjadikan pemilihan integriti begitu sukar.

Terdapat tiga perkara yang membantu semasa membuat pilihan integriti. Pertama, memilih untuk berfikir tentang kenyataan bahawa apa jua yang kita peroleh pada masa ini, kekal sementara sahaja. Kebenaran Allah kekal seumur hidup. Kedua, memilih untuk berfikir tentang akibatnya. Akibat memulangkan kasut tersebut adalah lebih daripada kehilangan $25. Ketiga, memilih untuk meneliti Firman Allah. Dengan menanamkan hati kita dalam kebenaran-Nya, kita berupaya hidup secara berintegriti menurut kebenaran itu.

Integriti bermaksud memilih apa yang dikatakan betul oleh Allah, walaupun tiada orang yang melihat, walaupun pada waktu pilihan itu adalah sukar. Allah tidak memaksa kita untuk hidup berintegriti, tetapi apabila kita memahaminya, kita tidak perlu dipaksa. Kita memilihnya kerana ia bermaksud mengamalkan gaya hidup yang memberikan hidup. Anda tidak akan menyesal kerana memilih integriti!
Hari 3

Perihal Pelan

A Life Of Integrity

Adakah anda mengatakan apa yang anda maksudkan dan memaksudkan apa yang anda katakan? Adakah tindakan dan kata-kata anda selaras dengan apa yang anda katakan dan percayai? Dalam masyarakat hari ini, adalah sukar untuk menjalankan kehidupan berintegriti. Mengkaji pelan ini akan membantu anda meneliti cara membina kehidupan berdasarkan integriti.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Markey Motsinger kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut sila layari: markeymotsinger.com