Pusingan U Daripada KetagihanSampel

A U-Turn From Addiction

HARI 1 DARIPADA 3

Banyak anak Allah ialah tawanan perang. Mereka terperangkap dalam kitaran dosa yang tidak dapat diputuskan. Sama ada alkoholisme, materialisme, perasaan marah dan kecewa, iri hati, sikap lahap, kasihan pada diri sendiri, pornografi, dadah, perjudian, menyumpah-nyumpah, media sosial, bicara diri yang negatif, kemarahan, atau kebencian—ketagihan atau pola kimia membendung terlalu banyak orang sekarang ini. 

Istilah alkitabiah untuk apa yang dipanggil ketagihan sekarang ini ialah benteng. Suatu ketagihan, atau lebih tepat lagi—suatu benteng rohani, ialah pola fikiran atau tindakan negatif yang telah berakar berumbi dan tertanam dalam fikiran kita. Kita percaya dan berfungsi seolah-olah situasi kita tidak dapat diubah, walaupun ia bertentangan dengan kehendak Allah. Dosa menjadi tuan yang memerintah fikiran, keputusan, dan tindakan kita. 

Langkah pertama untuk mengatasi ketagihan ialah keinginan untuk dibebaskan. Yesus akan menanya orang jika mereka ingin disembuhkan (Yohanes 5:6). Jika seseorang itu rasa terperangkap dan ingin terus terperangkap, tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh orang lain bagi mereka untuk bergerak ke arah yang betul. Kebebasan daripada tingkah laku yang menagihkan perlu bermula dari dalam. Jika anda mendapati diri terperangkap oleh suatu ketagihan dan dipengaruhi oleh pola fikiran yang negatif, ia rasa seperti ular meliliti fikiran anda. 

Sudah tiba masanya untuk memilih arah yang baru ke arah kebebasan. Kebebasan bermula dengan memilih untuk meninggalkan jalan sekarang ini dan menuju arah yang berbeza. 

Adakah anda bersedia untuk meninggalkan ketagihan anda dan membenarkan Yesus untuk membebaskan anda?

Hari 2

Perihal Pelan

A U-Turn From Addiction

Apabila kehidupan anda tidak selaras dengan Firman Allah, anda pasti akan mengalami akibat yang menyakitkan. Banyak orang bergelut dari segi kesihatan, kehilangan pekerjaan, dan hubungan, dan mendapati diri renggang daripada Allah kerana ketagihan. Sama ada ketagihan yang serius seperti dadah atau pornografi atau ketagihan yang kurang serius, seperti makanan atau hiburan, ketagihan menjejaskan kehidupan kita. Biarlah penulis yang bukunya laris, Tony Evans, menunjukkan kepada anda jalan kepada kebebasan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative (Tony Evans) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tonyevans.org/