Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel
Pertolongan
Pernahkah anda menghabiskan masa bersama dengan orang yang tinggal menghitung hari? Setiap saat, setiap suku kata dihargai. Tiada apa-apa yang terlepas perhatian. Ia bukanlah masa untuk bersembang. Ucapan selamat tinggal, hajat, pengakuan, dan nasihat yang terakhir bukanlah bisikan sambil lewa.
Yesus juga sedar bahawa sudah tiba masanya Dia meninggalkan dunia (Yohanes 13:1) dan Dia menggunakan saat-saat akhir-Nya sepenuhnya. Kita sudah separuh jalan menjelang hari Paskah, marilah kita terus membongkok ke depan dan mendengar kata-kata terakhir-Nya.
Baca Lukas 14:15-31
Ini adalah amat baik. Cuma ada satu masalah: Saya tidak suka meminta pertolongan.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda rasa keberatan untuk meminta pertolongan? Ataupun, adakah ia menimbulkan alahan juga?
Bersikap cukup lemah untuk mengakui bahawa anda memerlukan pertolongan adalah perkara yang paling berani yang anda boleh lakukan. Apabila anda mendapati diri sudah tidak berdaya, perkara yang paling berani yang anda boleh lakukan adalah membenarkan Roh Kudus untuk menolong anda.
Saya telah mengalami kuasa ini pada tahun lepas dalam cara yang tidak diduga. Pada bulan yang sama di mana saya mendapat tahu saya telah hamil dengan anak ketiga, saya telah membuat keputusan untuk memulakan suatu pelayanan. Ia adalah jauh di luar kemampuan saya. Menjadi seorang pelaku yang tidak dapat melengkapkan sesuatu dan seorang pencapai lampau yang mampu bertahan sahaja, adalah pengalaman yang menundukkan. Meskipun demikian, kasih karunia Allah dan kuasa Roh Kudus mengambil persembahan rendah hati saya dan melipatgandakannya. (Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan.)
Pernahkah anda mengalami sesuatu di mana anda yakin bahawa Roh Kudus telah menolong anda mengharunginya?
Adakah anda mengalami sesuatu pada masa ini yang memerlukan pertolongan Penolong itu?
Mintalah pertolongan-Nya. Bersifat lemah.
Terdapat dua perkara yang amat membantu kepada saya sepanjang satu tahun setengah ini. Saya kerap mengucapkan ayat ini secara kedengaran:
Perihal Pelan
Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda memerlukan peringatan baru tentang perkara yang paling penting kepada Kristus—bahawa anda mengasihi umat-Nya dan mengikuti-Nya? Apakah yang ingin diajar-Nya kepada anda pada Minggu Suci ini?
More