Berdoa dengan Penuh Rasa Takjub Sepanjang KrismasSampel
Marilah berdoa:
Bapa di syurga, kami ingat bahawa kami pernah terpisah daripada Kristus, diasingkan daripada umat-Mu dan merupakan orang asing terhadap perjanjian-Mu, tidak berharapan dan tanpa Engkau di dunia ini.
Namun, sekarang ini, ya Allah, dalam Yesus Kristus, kami yang dahulunya berjauhan, seperti orang majus, telah dibawa dekat melalui darah Kristus.
Krismas merupakan tanda kasih kurnia-Mu, bukan kelayakan kami. Adven menandakan kedatangan-Mu dalam Kristus untuk menyelamatkan kami daripada dosa kami, dan sesudah itu kedatangan kami kepada Kristus untuk bertelut menyembah.
Dia tidak datang untuk memanggil orang yang benar tetapi memanggil orang yang berdosa. Kami mengakui pemberontakan kami dan kegagalan kami, dan bertelut di hadapan Anak-Mu.
Dalam nama Yesus. Amin.
Perihal Pelan
Cerita Krismas memberikan kejutan demi kejutan. Walau bagaimanapun, ada kalanya perinciannya menjadi begitu biasa sehinggakan kesannya berkurang. Renungan doa pendek ini membantu anda untuk merenungkan peristiwa yang paling penting dan tidak diduga dalam sejarah: bahawa Allah sendiri telah menjadi manusia di kalangan kita. Setiap doa ditulis oleh David Mathis, ketua editor untuk desiringGod.org dan pastor di Cities Church di Saint Paul, Minnesota.
More