Keibubapaan yang Tidak SempurnaSampel

Imperfect Parenting

HARI 3 DARIPADA 6

Mengutamakan Hubungan 

Rasul Paulus menulis dalam Roma 3:23 bahawa “semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” Ini bermakna setiap individu, termasuk anak kita, akan melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan ini mempunyai akibat yang serius, dan kadang-kadang tidak. Sementara sebagai ibu bapa, tugas kita ialah mendidik dan membimbing anak kita apabila mereka gagal, dalam fikiran kita, kita harus sentiasa mengutamakan hubungan kita dengan mereka. Pertimbangkan perkara yang berikut semasa anda belajar mengutamakan hubungan anda dengan anak anda: 

Jangan Lupa
Hakikatnya, agak sukar untuk melupakan kesalahan dan pilihan berdosa anak kita. Kita mungkin rasa amat kecewa tentang tindakan berdosa mereka sehinggakan kita terlupa sepenuhnya: kita juga pernah menjadi kanak-kanak. Ingat saat-saat kita menunggu ibu atau bapa pulang? Marilah kita berusaha untuk bersimpati terhadap anak kita. Marilah kita mengampuni mereka sebagaimana Kristus telah mengampuni kita (Efesus 4:32 BM). Kebanyakan masanya, mereka tidak berniat untuk melakukan kesilapan. Mereka hanya mengatasi keadaan yang dihadapi oleh kita semua—kemanusiaan. 

Berpandukan Visi
Kebanyakan keluarga menetapkan peraturan untuk menjaga keselamatan anak dan membantu mereka membuat pilihan dalam hidup. Sesetengah peraturan harus dikekalkan kerana memanfaatkan. Yang lain mungkin hanya sesuai untuk musim tertentu. Namun, ada kalanya peraturan yang kaku boleh menimbulkan pemberontakan. Pada masa seperti ini, kita harus ingat tujuan peraturan itu dan menanya diri, “Adakah ini masih perlu?” Memanglah sukar bagi ibu bapa untuk “melonggarkan” peraturan mereka kerana kebanggaan mereka menghalang mereka daripada berbuat demikian atau mereka risau bahawa anak mereka akan memandang mereka sebagai mudah bertolak ansur. Walau bagaimanapun, kita harus mengetepikan semua itu dan bertindak demi kepentingan hubungan masa depan dengan anak kita. 

Ini Bukan Mengenai Anda 
Sesukar mana pun aspek pendidikan anak ini, kita harus memahami aspek ini. Apabila anak kita gagal, hal ini bukan mengenai kita. Memang mencabar bagi ibu bapa untuk tidak mengambil hati terhadap tindakan anak mereka. Kita berasa bahawa anak kita cuba merosakkan hidup kita. Mereka tidak berbuat demikian. Seperti yang dinyatakan di atas, mereka hanya cuba mengatasi masalah kemanusiaan mereka. Mereka tidak memerlukan kita untuk membuat mereka rasa bersalah. Mereka hanya memerlukan ibu bapa yang memahami bahawa mereka cuba faham cara untuk hidup dalam dunia yang tidak memenuhi selera mereka ataupun mempedulikan mereka. 

Kita perlu mengingat kembali zaman kanak-kanak kita. Sebagaimana kita boleh “dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah” untuk menerima belas kasihan dan kasih kurnia bila kita memerlukannya, marilah kita menjadi ibu bapa yang menggalakkan anak kita dengan cara yang sama (Ibrani 4:16 BM). Anak kita membesar dan melakukan kesilapan tidak dapat dielakkan. Apabila anak kita berasa kecewa, marilah kita ingat bahawa hubungan dengan mereka selalunya pertimbangan yang paling penting.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Imperfect Parenting

Tekanan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna membuat banyak daripada kita tidak dapat tidur lena pada malam hari. Kita fikir kita perlu menjadi ibu bapa yang terbaik, dan kita mungkin gementar bahawa kita akan merosakkan anak kita. Mujurlah Allah ialah Bapa Syurgawi kita, dan Dia akan membimbing kita ketika kita menjadi ibu bapa di dunia ini. Dalam Pelan 6 hari ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berharga yang boleh diterapkan semasa mendidik anak kita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.