Pelaburan Terbaik Anda!Sampel
“Selalu Membaca Alkitab”
Kebanyakan daripada kita akan bersetuju bahawa Alkitab menyediakan banyak bahan bacaan - ada kalanya sesetengah bahagian kelihatan terlalu sukar dan tidak jelas. Berikut adalah beberapa fakta Alkitab yang akan membantu anda memandu arah masa membaca anda dengan rangka rujukan dan pemahaman yang lebih baik.
Pertama, anda akan mendapati Alkitab dibahagikan kepada dua bahagian:
Perjanjian Lama adalah penyusunan tulisan yang bermula dengan penciptaan dunia, sejarah umat Israel - termasuk kekalahan mereka sebagai sebuah bangsa, penawanan oleh musuh mereka, dan akhirnya kepulangan mereka ke Yerusalem beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Kristus. Perjanjian Lama juga merupakan undang-undang Tuhan bagi orang Israel.
Perjanjian Baru adalah penyusunan tulisan yang bermula sebelum kelahiran Yesus, berterusan dengan kehidupan dan pelayanan-Nya, kematian dan kebangkitan-Nya sebagai Penyelamat kita, dan akhirnya penubuhan dan pengembangan Gereja-Nya ke seluruh dunia. Mesej pembebasan dalam Kristus melalui rahmat seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru memenuhi dan menggantikan keperluan ritual yang dikenakan dalam Perjanjian Lama.
Kedua, secara umum, terdapat tiga jenis penulisan yang anda akan lihat sepanjang Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dalam Alkitab:
Catatan Bersejarah – penulisan yang menceritakan kisah benar akan memberikan perspektif sejarah tentang orang dan kejadian penting.
Tulisan Pengajaran – kitab dan ayat-ayat yang menyediakan pengajaran tentang pelbagai aspek kehidupan Kristian, pengurusan gereja dan hal peribadi kekeluargaan tanpa menyediakan catatan bersejarah yang khusus.
Tulisan Berinspirasi - penulisan kesenian puitis yang bertujuan mendorong, meningkatkan dan menzahirkan emosi daripada pengarang kepada pembaca.
Tulisan-tulisan Perjanjian Baru yang menyediakan Catatan Bersejarah tentang kehidupan dan pelayanan Yesus ialah Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Keempat-empat kitab ini juga disebut Injil. Kisah Rasul-rasul ialah kitab sejarah yang lain dalam Perjanjian Baru yang membabadkan penubuhan dan pengembangan gereja Kristian selepas kematian dan kebangkitan Yesus.
Kitab Perjanjian Baru yang mewakili Tulisan Pengajaran ialah Roma sehingga Yudas. Ini ialah surat-surat yang sebenarnya daripada para pemimpin gereja yang memberikan nasihat dan arahan kepada orang Kristian dan gereja lain di seluruh dunia.
Kitab Perjanjian Lama Mazmur adalah contoh yang bagus bagi Tulisan Berinspirasi. Berikut adalah inspirasi daripada Mazmur yang meyakinkan kita akan berkat-berkat yang Tuhan berikan kepada orang yang sering menyelidiki Firman Tuhan dalam kehidupan mereka.
“Tetapi dia suka mentaati Taurat Tuhan dan merenungkannya siang malam. Mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya. Mereka berjaya dalam segala usaha.” Mazmur 1:2-3
Demi menanam benih Firman Tuhan dalam kehidupan kita, kita perlu menjadikan pembacaan Alkitab sebahagian daripada rutin harian kita. Apabila benih Firman Tuhan berkembang dalam kehidupan anda, berkat-berkat-Nya akan menjadi lebih jelas. Anda akan memperoleh kekuatan daripada Firman-Nya untuk memelihara anda, walaupun melalui musim kemarau dan kesukaran.
Kitab
Perihal Pelan
Mendapat pulangan yang diberkati dan melimpah-ruah bermula dengan membuat pelaburan yang tepat. Sekiranya anda seorang Kristian yang baharu, tidak ada pelaburan yang lebih besar yang dapat anda lakukan dalam iman anda daripada membaca Firman Tuhan dengan tetap. Mulakan di sini untuk membantu anda Membaca, Memahami dan Melaksanakannya dengan berkesan setiap hari. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3