Anda SEMEMANGNYA ada Doa!Sampel

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

HARI 2 DARIPADA 6

“Tuhan Ingin Mendengar Suara Anda”


Salah satu sebab doa dipandang sebagai jalan terakhir ketika kita menghadapi cabaran adalah kita mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang Tuhan. Kadang kala, kita sangka Tuhan hanya mempunyai minat  yang sedikit dan impersonal dalam kehidupan kita. Hakikatnya, Tuhan sangat berminat dengan kehidupan anda. Dia mencipta anda untuk kesukaan-Nya, dan ingin bekerja dalam diri anda dan melalui anda!


Doa didefinisikan sebagai komunikasi dengan Tuhan. Fikir tentang persahabatan erat anda. Sudah tentulah orang itu berada di sisi anda ketika anda memerlukannya, tetapi anda selalu bercakap dengannya, bukan? Anda berkongsi kehidupan anda, bukan? Baiklah, Tuhan mahu menjadi sahabat anda. Anda dapat memberitahu-Nya segala-galanya dan apa-apa sahaja, anda boleh ketawa dengan-Nya, anda dapat membincangkan hari anda dengan-Nya, anda boleh berterus terang dengan-Nya, anda dapat menyatakan keinginan hati anda kepada-Nya. Pokoknya, Dia mahu mendengar semuanya! Tuhan ingin sangat agar anda mempunyai komunikasi peribadi yang intim dengan-Nya.


“Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku.” Wahyu 3:20


Yesus mengetuk pintu hati kita, menginginkan waktu persekutuan yang berharga pada tahap peribadi. Membuka pintu kepada permintaan lembut Yesus untuk persekutuan bermaksud permulaan kehidupan doa yang berjaya, berkesan dan bermanfaat yang dipenuhi berkat Tuhan.


Tuhan adalah sumber perlindungan yang sebenarnya dalam kehidupan, dan Dia ingin menunjukkan kepada kita kesetiaan dan kasih-Nya - tidak ada cabaran yang terlalu besar bagi Dia - Dia hanya ingin mendengar suara anda.


“Percayalah kepada Tuhan setiap masa, Hai bangsaku;

beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya,

kerana Dialah penaung kita“ Mazmur 62:8

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

Ketahui asas-asas untuk membina kehidupan doa yang kuat dan efektif. Doa - berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi - adalah kunci untuk melihat perubahan yang positif dalam kehidupan dan persekitaran kita. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian's Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3