Harapan yang Hidup: Hitung Undur ke Hari PaskaSampel

Living Hope: A Countdown to Easter

HARI 3 DARIPADA 3

"Ikutlah Aku."

Petrus duduk bersedih dalam kegelapan, hari-harinya menampakkan kesenyapan Allah. Ia telah menafikan secara terbuka bahawa ia mengenali Yesus sebelum Yesus diheret pergi untuk disalibkan. Sepanjang beberapa hari tersebut, Petrus perlu memproses kesedihan dan rasa bersalahnya tanpa sebarang harapan bahawa penderitaan itu akan berakhir. 

Walau bagaimanapun, pada awal pagi hari yang ketiga, kubur Yesus didapati kosong dan batu penutup kubur itu telah digulingkan. Ketika Petrus berlonggok dalam ketakutan dengan murid-murid yang lain—cuba untuk memproses peristiwa hari itu—tiba-tiba Yesus muncul di hadapan Petrus benar-benar hidup

Daripada membiarkan Petrus hidup dengan rasa malu kerana kesilapan lalu, Yesus menariknya ke tepi dan menanya satu soalan yang menggerakkan Petrus ke arah tujuannya: 

"Adakah kamu mengasihi Aku?"

Dengan soalan ini, Yesus menjemput Petrus untuk mengesahkan semula hubungan yang telah dinafikannya. Kuasa Yesus atas kematian dan kegelapan bermaksud Petrus tidak perlu lagi didefinisikan oleh kesilapan lalunya. Ia masih boleh menerima panggilan terhadap kehidupannya dan menjadi pemimpin yang Yesus sentiasa tahu ia akan jadi. 

Seperti Petrus, anda berpeluang mengatakan "ya" terhadap mengasihi Yesus dan dikasihi oleh-Nya. Walau betapa teruk pun kehidupan anda, ataupun betapa jauhnya anda rasa anda daripada Yesus, tiada apa-apa yang boleh menghalang anda daripada kasih-Nya. Kesilapan lalu anda atau masalah semasa anda tidak menentukan tujuan anda apabila kehidupan anda berakar umbi dalam Kristus sahaja. 

Kebangkitan meyakinkan kita bahawa tiada situasi atau kesilapan adalah mustahil untuk ditebus oleh Allah. Tiada ketakutan yang tidak dapat diatasi oleh Yesus dan tiada kehidupan yang tidak dapat disembuh-Nya. Tiada kegelapan yang boleh menahan kuasa Allah yang telah bangkit, yang telah mengalahkan kematian bagi pihak kita. Tiada apa-apa yang tidak dapat dilakukan oleh Allah. 

Doa: Yesus, terima kasih kerana mengalahkan kematian untuk saya. Saya bersyukur kerana tiada apa-apa yang boleh memisahkan saya daripada kasih-Mu, dan tiada kesilapan yang boleh membatalkan kelayakan saya untuk menerima rancangan-Mu. Hari ini, ingatkan saya tentang siapa yang Engkau telah panggil saya untuk jadi. Apabila saya mula rasa tidak layak, tolonglah saya untuk mengingatkan diri untuk merenungkan kebangkitan-Mu dan bersukacita bahawa Engkau sahajalah keselamatan saya. Saya mengasihi-Mu, dan hari ini saya memilih untuk mengikut-Mu.

Hari 2

Perihal Pelan

Living Hope: A Countdown to Easter

Apabila kegelapan menyelubungi anda, bagaimanakah anda harus memberikan respons? Sepanjang 3 hari seterusnya, mengasyikkan diri dengan cerita hari Paska dan menyedari bagaimana berpaut pada harapan semasa anda berasa ditinggalkan, bersendirian, atau tidak layak.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.