Kebebasan Daripada DosaSampel

Freedom From Sin

HARI 5 DARIPADA 5

Diampunkan dan Bebas 

Penuduh berkata, "Rasalah bersalah dan terkutuk kerana segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Dia yang Terutama bagi kamu." Sengaja tidak mendengarnya. Kerana lagi kamu dengar, lagi dia berkata-kata. — Beth Moore

Walau apa pun yang pernah anda dengar dahulu, kita ingin memastikan bahawa anda mendengar kebenaran sekarang ini dan pada masa depan. Tiada dosa yang boleh anda lakukan yang tidak dapat diampunkan oleh Allah kita yang baik. Tiada apa-apa. 

Rahsia tersembunyi yang pernah anda lakukan? Boleh diampunkan.
Orang yang anda khianati? Boleh diampunkan.
Kata-kata kesat yang pernah diucapkan? Boleh diampunkan. 

Mungkin anda terkenang sesuatu yang membuat anda membenci diri sendiri. Kita semua pernah mengalaminya. Akuinya, terima pengampunan, dan hidup bebas. Sebenarnya, ia semudah doa ini:

Bapa di syurga, saya sedar bahawa ________________ adalah salah. Ampuni saya daripada dosa saya. Tolonglah saya untuk meninggalkan dosa saya dan berjalan dalam kebebasan yang Engkau berikan kepada saya.

Banyak antara kita susah mengampuni diri sendiri. Mungkin orang dalam hidup kita terus mengingatkan kita bahawa mereka belum memaafkan kita. Tiada apa-apa yang kita boleh lakukan apabila seseorang itu tidak memaafkan kita kerana menyinggung perasaan mereka. Kita hanya boleh melakukan apa yang mungkin dan berdoa agar hati mereka dilembutkan. 

Kita juga tidak boleh melupakan bahawa musuh rohani kita memburu kita dengan damak keraguan. Dia membisik, “Betulkah Allah telah mengampunkan kamu?” Dengan soalan itu sahaja, keraguan dan kerisauan memenuhi fikiran anda kerana dia tidak mahu anda rasa diampunkan dan bebas. Walau bagaimanapun, anda telah diampunkan dan bebas. 

Allah telah mengampunkan anda dan dosa lepas anda, dan Dia akan mengampunkan anda kerana dosa masa depan anda. Percayalah. Yesus telah pergi sebelum anda. Kematian-Nya telah menutupi semua dosa dan itu bermaksud semua dosa anda—semua dosa orang lain juga. Pengorbanan-Nya di salib telah menyelesaikan isu ini. Sebagai pengikut Kristus, anda menerima pengampunan dosa, hidup yang kelimpahan di dunia ini, dan hidup kekal di syurga kerana apa yang telah dilakukan oleh Yesus di salib untuk anda. Dia ialah Pembela anda. Tuntutlah kebenaran Allah dalam 1 Yohanes 1:9—jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. 

Semua betul-betul bermaksud semua.

Renungan

  • Adakah anda cenderung terlalu mengkritik diri kerana dosa lalu anda? Apakah yang menghalang anda daripada menerima pengampunan Allah?
  • Tuliskan satu perkara yang anda pernah memohon pengampunan Allah tetapi anda masih berpaut padanya. Hari ini, berjalanlah dalam kebebasan. Percayalah Firman Allah yang mengatakan bahawa Dia telah membuang dosa anda “sejauh timur dari barat.”
Hari 4

Perihal Pelan

Freedom From Sin

Setiap orang membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak suka memanggil kesilapan mereka itu "dosa", walaupun itu memanglah dosa. Dalam Pelan ini, kita akan mempelajari apa itu dosa, mengapa kita melakukannya, dan bagaimana kita boleh memilih untuk hidup dengan cara yang berbeza. Kita boleh bergantung pada harapan bahawa walau apa pun yang pernah kita lakukan dalam hidup kita, tiada dosa yang tidak dapat diampunkan oleh Allah.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.