Doa yang BerbahayaSampel
Selidiki Saya
Adakah anda berani berdoa dalam cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini?
Dengan sepenuh hati, jiwa, minda, dan seluruh hidup anda? Apakah yang akan berlaku dalam kehidupan anda dan kehidupan orang lain di sekeliling anda jika anda mula mengucapkan doa yang berbahaya?
Beranikah anda mencubanya?
Raja Saul membuat tuduhan menderhaka palsu terhadap Daud dan menghantar seluruh tenteranya untuk menangkap Daud dalam percubaan berulangnya untuk membunuh Daud. Dengan sepenuh hatinya, Daud ingin menyenangkan hati Allah. Ia melawan kemarahannya demi melindungi dan menghormati rajanya. Namun, menyedari bahawa motifnya tidak sentiasa baik, Daud menyerahkan hatinya kepada Allah dan mendoakan satu doa yang paling mudah dikecam, jelas, dan berbahaya yang mungkin pernah anda dengar. Berhasrat untuk memuliakan Allah dalam setiap aspek hidupnya, Daud berdoa, "Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku; ujilah aku dan ketahuilah fikiranku. Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku, dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi" (Mzm 139:23-24).
Ini bukan sahaja satu doa yang sukar untuk diucapkan, malah adalah lebih mencabar untuk diterapkan dan dilaksanakan. Ini kerana sekiranya anda berani mendoakannya, maka, anda perlu berani melaksanakan apa yang ditunjukkan kepada anda oleh Allah sebagai jawapan terhadap doa tersebut. Jadi, janganlah mengucapkannya jika anda tidak memaksudkannya.
Diingatkan terlebih dulu bahawa doa ini berpotensi menunjukkan kesilapan anda. Membetulkan anda. Mengubah haluan kehidupan anda. Mengubah cara anda memandang diri. Mengubah cara orang lain memandang anda.
Barangkali anda masih berfikir bahawa ini bukan sesuatu yang penting. Barangkali anda tertanya-tanya mengapa anda harus meminta Allah untuk menyelidiki hati anda apabila Dia sudah mengetahui apa yang terkandung dalam anda. Anda sedar akan isi hati anda.
Dia tahu isi hati anda. Jadi, mengapa menanya sesuatu yang ketara?
Bahagian ini adalah rumit. Pada zahirnya, kita kelihatannya mengetahui isi hati sendiri. Betul? Saya tahu akan motif saya. Saya tahu akan hal yang paling penting. Saya tahu mengapa saya melakukan apa yang saya lakukan. Di samping itu, anda memberitahu diri, saya mempunyai hati yang baik. Saya mencuba untuk tidak menyakiti orang lain. Saya ingin melakukan hal yang betul. Hati saya adalah baik. Saya berdoa, bukan?
Walau bagaimanapun, Firman Allah sebenarnya menyatakan hal yang benar-benar berlainan. Anda mungkin terkejut apabila anda mendengarnya buat pertama kali, tetapi Yeremia memberitahu kita beberapa kebenaran yang jujur. Yeremia ialah anak lelaki imam Lewi yang dilahirkan pada kira-kira 650 SM. Semasa pemerintahan Raja Yosia, Allah membangkitkan nabi muda ini untuk membawa Firman Allah kepada Israel dan bangsa lain. Yeremia berterus terang berkata anda—berserta saya dan semua orang yang lain—tidak memiliki hati yang baik. Sebenarnya, hati anda bukan sahaja tidak baik, hati anda adalah jahat dan berdosa dalam semua lingkungannya. Nabi itu berkata, "Hati manusia lebih licik daripada segala-galanya, dan penyakitnya terlalu parah" (Yer 17:9).
Tanpa Kristus, hati anda adalah licik. Semakin dekatnya kita dengan Yesus, semakin banyak kita perlu berdepan dengan kelemahan kita. Kemegahan. Kepentingan diri. Nafsu. Ketagihan. Hati yang kritis.
Mengucapkan doa yang berbahaya ini boleh membuka saluran komunikasi kepada Allah. Daripada meminta Allah untuk melakukan sesuatu bagi anda, mintalah Dia untuk mendedahkan sesuatu dalam anda. Detik kebenaran dengan Allah ini mungkin tidak mengubah anda dengan serta-merta, tetapi akan membantu anda untuk menyedari keperluan rohani anda dan mengubah haluan kehidupan anda.
Oleh itu, doa Daud ini adalah amat berbahaya.
"Selidikilah aku, ya Allah."
Perihal Pelan
Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig Groeschel, Dangerous Prayers, dari Life.Church ini, mencabar anda untuk berdoa secara berbahaya—kerana mengikuti Yesus tidak pernah bermaksud bersifat selamat.
More