Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Hari 23: Baca Filipi 2:6-11
Tuhan sememangnya memberikan kita suatu hadiah yang indah dengan datang ke dunia ini, menjelma menjadi manusia, menderita di salib dan mati supaya kita dapat hidup bersama dengan-Nya selama-lamanya! Dia amat mengasihi kamu! Sudahkah kamu memilih untuk mengikut-Nya? "Hanya melalui Yesus orang diselamatkan, kerana di seluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Allah untuk menyelamatkan kita" (Kisah Rasul-rasul 4:12 BM).
Aktiviti: Kita mempunyai banyak sebab untuk bersyukur kepada Yesus! Berdoalah bersama-sama dan bersyukur kepada-Nya kerana menyelamatkan kita! Kita mahu mengingati maksud sebenar Krismas pada hari ini dan setiap hari! Demi membantu anak kamu untuk betul-betul memantapkan cerita kelahiran Kristus, lakonkan cerita kelahiran-Nya semasa waktu bermain mereka.
Kitab
Perihal Pelan

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kanak merupakan renungan yang indah selama 25 hari, yang dilengkapi dengan Rumah Adven boleh cetak yang sepadan yang akan membantu mengarahkan hati anak anda kepada Tuhan dan menjadikan musim Krismas ini musim yang paling bermakna setakat ini!
More
Pelan yang Berkaitan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Bangkitlah dan Bersinarlah

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai - Bahagian 1

Benih: Apa dan Mengapa
