Cabaran 49 MingguSampel

The 49-Week Challenge

HARI 14 DARIPADA 341

Setiap hari ketujuh merupakan peluang yang baik untuk membuat renungan tentang apa yang telah dipelajari dan untuk berkongsinya dengan orang lain. Petikan hari ini adalah sorotan daripada apa yang telah dibaca sepanjang minggu ini. Berfikirlah tentang bacaan minggu ini. Adakah anda melihat hubungan antara petikan tersebut?

Bercakap dengan Allah:
• Memuji Dia kerana siapa Dia itu dan kerana sifat-Nya.
• Mengakui sebarang dosa.
• Bersyukur kepada-Nya kerana pengampunan sepenuhnya melalui Yesus, kerana apa-apa berkat lain dalam kehidupan anda, kerana doa yang dikabulkan, dan apa yang telah dilakukan-Nya untuk anda.
• Berkongsi kerisauan anda dengan-Nya, dan menyatakan keperluan anda dan keperluan orang lain kepada-Nya.
• Meminta-Nya untuk memimpin anda, dan menaruh kepercayaan pada-Nya.

Berkongsi ayat atau fikiran yang telah memberikan kesan terhadap anda sepanjang enam hari ini dengan seseorang.
Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

The 49-Week Challenge

Bersedia untuk membawa hubungan anda dengan Allah ke tahap seterusnya? Ambillah Cabaran 49 Minggu! Pelan Alkitab ini meneliti seluruh Alkitab dengan bacaan daripada Perjanjian Lama dan Baru setiap hari. Anda akan membaca Perjanjian Baru mengikut kronologi berserta bab yang berkaitan daripada Perjanjian Lama untuk menunjukkan bagaimana Alkitab merupakan satu cerita yang menunjuk kepada Yesus. Setiap hari ketujuh ialah waktu untuk berhenti dan merenungkan apa yang telah dipelajari.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan Pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church