Menangani KecemasanSampel
Benarkah Allah mengambil berat?
Pernahkah anda menanya soalan ini? Benarkah Allah mengambil berat tentang kecemasan saya? Jika Allah itu baik, dan Dia mengasihi saya, bukankah munasabah bahawa Allah akan menghilangkan kecemasan saya dan menjadikan segala-galanya lebih elok? Dia ialah Allah. Dia mampu melakukan semua itu, bukan?
Saya sedar bahawa itulah yang menjadi pergelutan saya dari masa ke masa. Berulang kali. Sekiranya anda adalah seperti saya, mungkin anda rasa anda tidak boleh memberitahu sesiapa pun tentang keraguan tersebut. Anda mungkin mendapati diri rasa gelisah tentang fikiran orang lain terhadap anda sekiranya mereka tahu anda mempertikaikan Allah. Bahawa anda rasa ragu-ragu. Bahawa anda berasa bimbang. Apakah yang akan dikatakan oleh mereka? Adakah mereka berfikir bahawa anda bukan seorang Kristian? Adakah mereka berfikir ia ialah kesalahan anda? Adakah mereka akan menyuruh anda supaya beriman? Untuk mempercayai Allah? Untuk membaca Alkitab dengan lebih kerap?
Memanglah gila bagaimana tertanya-tanya jika Allah mengambil berat tentang kecemasan kita boleh membawa kepada kecemasan tentang fikiran orang lain jika mereka menyedari bahawa kita mengajukan soalan itu. Keadaan ini segera menjadi suatu kitaran yang bahaya dan menakutkan.
Bagaimana kalau saya memberitahu anda bahawa bukan anda seorang sahaja yang menanya soalan tersebut? Saya bukan berkata tentang diri saya sahaja. Bagaimana kalau saya memberitahu anda bahawa terdapat banyak cerita dan contoh dalam Alkitab tentang orang yang bergelut dengan Allah dan tertanya-tanya jika Dia mengambil berat?
Tidak percaya? Bacalah Mazmur. Betul. Ya, saya meminta anda melakukan ini lagi. Kerana Mazmur memanglah baik sekali!
Mazmur ialah lombong emas yang dipenuhi seruan yang kaya, jujur, dan menyakitkan hati kepada Allah. Tertanya-tanya jika Allah hadir, dan jika Dia mengambil berat. Kadang kala, seruan itu tidak suci. Ia tidak selalu berakhir dengan gembira. Kadang kala, soalan itu tidak dijawab. Kadang kala kita tidak menerima jawapan yang jelas. Kadang kala, soalan itu tidak diselesaikan.
Saya rasa kenyataan bahawa Mazmur ini, penyataan keraguan, penderitaan, dan kecemasan, wujud ialah hadiah bagi kita. Saya rasa ia merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kepada kita bahawa Dia mengambil berat, bahawa Dia melihat kita, dan bahawa Dia memahami kita. Walaupun Dia tidak melenyapkan kecemasan atau pergelutan kita, Dia memberitahu kita bahawa kita tidak bersendirian, bahawa kita tidak dilupakan, dan bahawa Dia mengambil berat tentang kita.
Cabaran: Senaraikan perkara yang anda suka lakukan. Perkara yang membuat anda rasa tenang dan aman. Apabila anda mula berasa cemas, lihatlah senarai anda dan pilihlah satu perkara untuk dilakukan.
Perihal Pelan
Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin memberikan anda ketenteraman. Sepanjang tujuh hari seterusnya, kita akan meneliti Alkitab untuk mendapat tahu bagaimana kita dapat hidup dengan kecemasan dan, mungkin, menemukan kelegaan dan ketenteraman di tengah-tengahnya.
More